Hiburan

“Ada Cakap Lawak Bod0h,” Semua Ada Hak Menilai, Bila Lawak Atu Dibandingkan Netzen

Pelawak dan anggota kumpulan Zero, Atu tidak cepat melatah apabila ada yang membuat perbandingan mengenai cara lawaknya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Atu menyatakan masing-masing berhak untuk memberi pandangan.

“Ada cakap lawak saya lawak bodh, ada yang bandingkan dengan dulu lagi best, tidak apa lah semua ada hak masing-masing untuk menilai,” tulisnya.

Bagaimanapun kata Atu, dia hanyalah mencari rezeki dan bukan menagih perhatian.

“Saya halalkan saya maafkan. Saya cuma mencari rezeki bukan mencari perhatian orang. Maafkan saya.

“Biarlah bini saya saja yang terima lawak saya. Terima kasih jugak kepada yang support saya selama ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya menyatakan Atu masih lagi sama seperti dahulu.

Antara komen dari netizen

“Dunia lawak tu luas. Spt juga suara penyanyi yg berbeza2. Tak adaapa yg pelik. Ikut suka dan minat masing2.

“Saya tgk muka dia dh kelakar.Saya suka dia berlawak secara spontan.Terpulang pd masing2 lah.Atu terus berusaha

“muka pun da kelakar…trnyata lawak bijak hanya org tertentu je..tapi pd ak tak keterlaluan tu oky la even na di katakn lawak bdh pun

“Lawak mana ada bodoh yang melihat mengata itulah orang bodh kalau lawak itu bodh P.ramli/Aziz/Sudin/AR Tompel dan yang lain2 lagi tu bodoh lah yeeee..

“Klau lawak bodh.bagus .geli hati dan mencuit hati.ni lawak biasa nk buat apa.boring.

Untuk info, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif ini menganggotai kumpulan Zero bersama abang-abangnya iaitu Syaiful dan Sharif.

Mereka mula dikenali setelah menyertai program realiti TV lawak terbitan Astro, Raja Lawak musim keenam pada 2012 di mana mereka telah dinobatkan sebagai naib juara.

Pada tahun 2014, Zero telah menyertai Maharaja Lawak Mega dan dinobatkan sebagai juara.

Sehingga kini, mereka dikenali dengan tagline iaitu “Pantang Mundur Kecuali Operasi”.

Sumber : gem pak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.