Viral

“Ya Allah, dahsyat betul membenci saya…” Ada juga haters saya kata, memang tunggu saat ini..

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan punca sebuah video yang dimuat naiknya baru-baru ini menerima jumlah tontonan lebih rendah berbanding kebiasaan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 34, berkata ada segelintir pihak membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa popularitinya semakin merosot.

“Kalau pergi ke profil saya, ada satu video terbaharu dan video itu hanya dapat sekitar 300,000 tontonan. Ramai mula buat andaian.

“‘Khairul Aming views flop, akhirnya TikTok dah tak relevan, semua orang dah pindah ke Threads. Khairul Aming dah masuk era kejatuhan’.

“Ada juga haters saya kata, ‘memang tunggu saat ini, akhirnya Khairul Aming jatuh’.

“Ya Allah, dahsyat betul membenci saya,” katanya.

Menurut Khairul Aming, video tersebut sebenarnya merupakan satu eksperimen yang dilakukannya bagi menguji sama ada TikTok mampu mengesan kandungan lama yang dimuat naik semula.

“Video itu sebenarnya saya dah pernah muat naik sebelum ini. Kalau tengok semula pada Oktober tahun lalu, video itu pernah dapat 10 juta tontonan.

“Saya nak buat eksperimen. Kalau ambil video sama, edit sedikit dan tukar suara latar, adakah TikTok dapat kesan ia video yang sama.

“Rupanya memang TikTok dapat kesan. Jadi video itu betul-betul disekat dan tidak keluar di FYP seperti biasa,” jelasnya.

Bagaimanapun, Khairul berkata dia sengaja membiarkan video tersebut kekal di profilnya meskipun mengetahui capaian yang diterima tidak seperti kebiasaan.

“Patutnya tanyalah saya dulu kenapa video itu seorang sahaja yang bermasalah.

“Tapi saya biarkan sahaja video itu berjalan. Tak payahlah berebut tontonan.

“Saya ni masa bulan puasa dah penat kejar view,” ujarnya lagi.

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.