Suasana operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja hilang, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, Perak mencetuskan tanda tanya netizen selepas tular satu video yang didakwa memaparkan bunyi ‘aneh’ di lokasi kejadian.
Menerusi video dimuat naik di Threads Shera, kelihatan pasukan SAR sedang melakukan pencarian di kawasan semak sambil memanggil nama mangsa.

Namun, beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi seakan ketawa yang didakwa berlaku ketika operasi dijalankan.
“Ya Allah meremang bulu roma dengar benda tu gelak. Jelas! Ya Allah kembalikan Nur Izzati Humaira ke pangkuan keluarganya dengan selamat. Jom kita sama-sama doakan,” tulisnya.
Sementara itu, Kosmo! sebelum ini melaporkan radius pencarian diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi bagi mempergiatkan usaha mengesan mangsa
@ohmalaysiamedia Meremang bulu roma, dengar benda tu gelak. Jelas! Kembalikan Nur Izzati Humaira. Nur Izzati Humaira Azizul dilaporkan hilang ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim #trendingnewsmalaysia #beritatiktok #fyp #viral #viralvideo ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo
Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, operasi dilakukan menggunakan teknik sweeping dengan tumpuan di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
Operasi turut dibantu tiga anjing pengesan, iaitu dua daripada JBPM dan satu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain penggunaan dron oleh Unit Pengurusan Bencana Kerajaan Negeri Selangor.
“Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemui dan pasukan SAR hanya bergantung kepada maklumat keluarga mangsa,” katanya.
Terdahulu, Nur Izzati dipercayai sesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa.
Sumber: beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.