Hiburan

“Macam tahi kucing salut tofu” netizen kecewa dapat tester jualan coklat Ameera Khan tak semenggah

Seorang pengguna Threads meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa pembelian tester produk coklat yang dijual pempengaruh terkenal, Ameera Khan tidak seperti yang dipaparkan dalam gambar promosi.

Menerusi perkongsiannya, wanita itu berkata dia membeli tester tersebut dengan harapan menerima produk yang kelihatan penuh dengan coklat seperti diiklankan.

jsfasf

mating

“I beli tester dia dengan harapan dapat sebijik la macam dalam gambar. Tapi rupanya…”

Menurutnya, pembelian itu dibuat kerana tertarik dengan penampilan produk yang dilihat melimpah dengan coklat, selain mengakui dirinya memang gemar menikmati coklat.

“Bukan nak support sangat pun family ni berniaga tapi sebab terliur tengok gambar coklat dia penuh melimpah macam tu tak kedekut langsung gayanya. Kita pun memang suka coklat.”

Bagaimanapun, apabila menerima produk berkenaan, dia mendakwa isi kandungannya jauh berbeza daripada jangkaan sehingga membuatkannya berasa kecewa.

efea

“Sekali dapat hmm dah rupa macam tahi kucing bersalut tofu.”

Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian netizen yang turut berkongsi pandangan masing-masing. Ada yang beranggapan gambar promosi dan produk diterima kelihatan berbeza, manakala segelintir lagi berpendapat saiz tester sememangnya lebih kecil dan pembeli tidak seharusnya meletakkan jangkaan terlalu tinggi.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan wakil penjual mahupun Ameera  berhubung dakwaan yang tular di media sosial itu.

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *