Hiburan

“Kalau ini benar, sayunya hati” Nora Danish tersentuh terima lamaran jadi isteri kedua

Hati pelakon, Nora Danish tersentuh apabila menerima mesej peribadi daripada seorang wanita yang menyatakan hasrat menjadikannya calon isteri kedua buat suaminya.

Nora, 44, bagaimanapun tidak menyambut tawaran itu, sebaliknya terharu dengan keikhlasan wanita berkenaan yang sanggup mencari pasangan buat suaminya sendiri.

Pelakon itu turut menyifatkan wanita terbabit sebagai seorang isteri yang baik, selain berharap rumah tangga pasangan berkenaan terus dilindungi dengan kesetiaan dan kasih sayang.

“Isteri syurga…

“Mari kita doakan agar suaminya setia padanya dan menjaganya dengan penuh cinta hingga akhir hayat,” tulisnya.

Dalam perkongsian berasingan, Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd Danish Hanif, turut mengakui berasa sayu selepas menerima mesej berkenaan.

“Tak tahu nak rasa apa. Kalau ini benar, sayunya hati. Ada juga isteri sebaik ini.

“Jangan buat saya menangis malam-malam (semalam) hujan ini,” katanya.

Menerusi mesej itu, wanita terbabit menyatakan hasrat mencari calon isteri kedua buat suaminya, selain menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang yang baik dan beriman.

“Assalamualaikum, Kak Nora. Suami saya beriman dan sangat baik. Saya juga sedang mencari jodoh kedua buat suami saya.

“Jika Kak Nora sudi ta’aruf bersama suami saya, saya amat berbesar hati,” tulis wanita itu.

Sumber: bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.