PENEMUAN benda asing dalam makanan boleh menjejaskan selera dan menimbulkan persoalan tentang kebersihan sesuatu produk.
Namun cara teguran disampaikan juga boleh menjadi berbeza kerana ada meluahkan kemarahan, ada pula memilih untuk menjadikan pengalaman itu sebagai bahan gurauan seperti perkongsian lelaki ini yang mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran di Threads, dia mendakwa menemukan kulit siput dalam produk Sambal Nyet Bilis keluaran pempengaruh terkenal, Khairul Aming
Menerusi akaun @awadullahysr, pengguna berkenaan memuat naik gambar objek bercangkerang di dalam balang sambal sambil mengusik pengusahanya

Salam bang Khairul Aming, mentang-mentang tangkap sendiri ikan bilis, ada ekstra isi eh. Betul-betul autentik,” tulisnya berserta emoji ketawa.
Bagaimanapun di ruangan komen balas, terdapat segelintir individu tampil dengan pandangan berbeza apabila menyifatkan rakyat Malaysia ‘memilih’ berikutan produk tersebut tidak dicemuh dengan komen negatif berikutan kebanyakan pelayar bergurau mengenainya.
“KA bagi hint tu bang, lepas ini dia nak buat sambal kerang pula, hanya insan terpilih je yang dapat tahu rahsia ni.
“Mentang-mentang KA, komen murni sahaja, rakyat Malaysia memang ‘select’ betul, kalau orang lain mesti kena boikot.
“Ini aduan yang berbudi bahasa. Saya suka, kalau semua orang amalkan macam ini, semua masalah selesai dengan baik sebenarnya,” demikian reaksi netizen.
Namun seorang lagi pelayar menegaskan, makanan yang mempunyai bendasing lain sepatutnya diadukan secara terus kepada kilang pengeluar kerana melibatkan isu keselamatan makanan.
Jelasnya, selain memastikan siasatan dapat dilakukan, pihak pengeluar juga dapat mencari jalan penyelesaian supaya perkara tersebut tidak berulang.
“Berdasarkan isu keselamatan makanan, sebenarnya tak boleh macam ini (hantaran media sosial)… Tak kisah sama ada pempengaruh atau tidak.
“Kepingan cengkerang sudah dikira sebagai physical foreign material dalam produk makanan. Awak sepatutnya buat aduan secara terus kepada pengeluar.
“Nanti QA/QC boleh siasat punca dan ambil tindakan sewajarnya untuk atasi perkara ini daripada berlaku lagi di masa hadapan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Khairul Aming tampil memberi maklum balas berhubung perkara yang berlaku di samping membuat permohonan maaf.
Malah dia turut meminta maklumat terperinci pembelian daripada individu terbabit bagi membolehkan produk ganti dihantar semula.
“Makhluk laut mana pula masuk dalam ini. Minta maaf boleh terlepas masuk kulit siput dalam ini.
“Boleh DM (direct message) KA perincian pesanan, kita ganti yang baru. Dalam masa sama KA akan semak balik dengan pasukan macam mana boleh terlepas QC botol ini. Maaf sangat-sangat,” ujarnya di ruangan komen balas hantaran tersebut.
Sumber: m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
