Pelakon dan usahawan, Abby Abadi tampil menjelaskan mengenai kenyataannya sebelum ini yang meminta anaknya, Maria Danisha supaya jangan hadir ke majlis pengebumiannya sekiranya dia meninggal dunia nanti.
Luahan terbuku

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, berkata kenyataan tersebut bukanlah niat untuk mendoakan perkara buruk terhadap anaknya, sebaliknya merupakan luahan hati mengenai apa yang dirasainya.
Saya beri ucapan hari lahir kepada dia pada peranggan pertama, yang peranggan lain-lain saya bercakap tentang isu lain. Bila orang kata saya mendoakan yang tidak baik, itu tidak benar.
Saya tulis ‘jangan datang’, itu adalah kenyataan bukan satu doa. Kenyataan itu adalah apa yang terbuku di hati saya. Ada yang kata saya berdengki apabila ada pihak buat majlis sambutan hari jadi anak saya.
Ada yang kata saya cari gaduh dengan anak sebab dengki dengan majlis itu, saya tidak tahu fasal majlis tersebut kerana sudah ‘unfollow’ mereka.
Kenyataan itu bukan ditujukan kepada Danisha sahaja, saya tujukan kepada anak-anak yang lain. Kalau saya masih hidup pun tak sudi nak bersama mama, jadi masa meninggal pun jangan datang lah.
Abby berkongsi perkara tersebut menerusi temu bual bersama Melodi.
Menurut anggota kumpulan Elite itu, dia sudah banyak bertolak ansur dalam pelbagai perkara, termasuk cuba berdamai dengan individu yang didakwa pernah menyakiti dirinya.
Selama hari ini saya mengalah dengan banyak perkara termasuk orang yang pernah menyakiti hati dan hancurkan kehidupan saya pun, saya masih baik dengan dia.
Dalam pada itu, Abby turut menafikan dakwaan bahawa dirinya masih belum melupakan bekas suami, Norman Hakim.
Saya tak move on dengan Norman Hakim? Kalau ada kata begitu maksudnya saya masih mahukan Norman, sedangkan itu tidak berlaku.
Apa yang saya luahkan bukan berniat mahu memperbesarkan keadaan, perkara itu berkait dengan Norman sebab itu adalah anak dia.
Terdahulu, ucapan Abby sempena ulang tahun kelahiran Maria Danisha mencuri perhatian apabila dia turut menyelitkan luahan hatinya yang didakwa terluka dengan sikap anak-anak.
Dalam hantaran berkenaan, Abby turut meminta anak-anaknya supaya tidak hadir ke majlis pengebumiannya kelak sekiranya dia meninggal dunia lantas isu kemelut keluarnya dan Norman menjadi topik bualan hangat wargamaya.
Sumber: ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
