Hiburan

“Macam tu rupanya perangai Leona dekat rumah..” Azhar Sulaiman bangga Leona cipta nama sendiri

Pelakon Azhar Sulaiman meluahkan rasa bangga melihat pencapaian anaknya, Kasih Iris Leona yang kini berjaya mencipta nama sebagai pempengaruh dan selebriti atas usahanya sendiri.

Menurut pelakon berusia 55 tahun itu, dia tidak pernah menyangka Leona mampu mengetengahkan bakatnya sehingga dikenali ramai dan secara tidak langsung menjadi penyambung legasinya.

Tak boleh paksa orang untuk suka
Baginya, penerimaan orang ramai bukan sesuatu yang boleh dipaksa dan mungkin personaliti Leona yang bersahaja menjadi antara sebab dia mudah disenangi.

Nak disukai orang, bukan benda yang boleh kita minta. Semuanya, terpulang kepada orang itu nak suka kita atau tidak. Mungkin Leona ini disukai sebab karakter dia yang poyo, polos dan cara selamba dia dah macam itu.

Azhar berkata, Leona sebenarnya seorang yang pendiam apabila berada di rumah, sama seperti ahli keluarga mereka yang lain. Namun, personaliti mereka berubah apabila berada di hadapan kamera kerana perlu menyesuaikan diri dengan dunia hiburan.

Leona, seorang yang pendiam sebenarnya. Kami sekeluarga kalau di rumah, semua pendiam.

Leona tak baca komen netizen

Dalam masa sama, Azhar mendedahkan Leona tidak begitu mengambil tahu mengenai komen netizen di media sosial. Sebaliknya, dia sendiri yang sering membaca komen termasuk kritikan yang dilemparkan terhadap anaknya.

Meskipun pernah menegur gaya pakaian Leona yang dirasakan kurang sesuai, Azhar berkata ramai netizen turut tampil mempertahankan anaknya.

Apapun, Leona juga memang tak baca komen-komen di media sosial. Dia tidak layan pun, tetapi yang membaca komen-komen itu adalah saya. Namun, hak masing-masing nak kritik serta kecam.

Azhar Sulaiman dan Leona

Dari segi kerjaya pula, dia memberi kebebasan kepada semua anaknya untuk memilih bidang yang diminati. Sejak kecil, mereka sudah didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti kelas muzik dan renang supaya sentiasa aktif.

Azhar juga mendedahkan anak-anaknya hanya dibenarkan menggunakan gajet selepas berusia 17 tahun dan tamat sekolah menengah.

Cuma, memang Leona yang paling aktif di media sosial.

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.