Pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris tampil berkongsi pandangan mengenai usahawan, Khairul Aming yang dianggap kapitalis oleh segelintir individu.
Menerusi perkongsian di Threads, Amin menyifatkan tuduuhan tersebut sebagai tidak berasas kerana konsep yang digunakan terhadap Khairul itu telah disalahguna.
Menurut Amin, kapitalis adalah peniaga yang hanya memikirkan tentang keuntungan perniagaan semata-mata tanpa mengira halal dan haram serta menzalimi orang lain.
“Sebahagian netizen ini pun, agak-agaklah nak tuduh KA ini kapitalis. Dia berniaga memang nak untung, bukannya pertubuhan kebajikan. Kapitalis ini sejenis nak untung sahaja tanpa mengira halal atau haram, tindas orang lain dan kaya sorang-sorang.
“Tapi kalau dia berniaga dengan cara halal, bersedekah dan zakat. Buka peluang pekerjaan untuk orang, jaga kebajikan staff dan bayar gaji elok, celah mana kapitalis?,”tulisnya.
Dalam pada itu, Amin turut berpesan agar orang ramai sepatutnya bersyukur kerana masih ada usahawan muslim yang berjaya seperti Khairul.
Malah, agama islam sentiasa mendidik agar penganutnya bersikap jujur dan amanah ketika menjalankan perniagaan.
“Macam mana bisnes orang islam nak maju kalau ada perangai jahat suka tuduh menuduh macam ini?
“Sepatutnya kita bangga dan gembira kerana ada usahawan muslim berjaya macam KA. Dalam agama, islam tidak mencela perniagaan atau keuntungan tetapi mencela keuntungan yang dicapai melalui dusta, kezaliman, penipuan dan sumpah palsu. Itulah kapitalis yang sebenar. Nabi memuji peniaga yang jujur dan amanah,”ujarnya.
Terdahulu, Khairul meluahkan rasa sedih apabila ada pihak yang melabel usahanya dalam mengembangkan perniagaan sebagai kapitalis.
Pemilik restoran Rembayung itu hairan apabila usahawan tempatan untuk berkembang sering dipandang serong sedangkan kejyaan sesebuah perniagaan turut memberi manfaat kepada ramai pihak.
Sumber: gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
