Pelakon dan selebriti media sosial, Eyra Hazali berkongsi satu kisah misteri yang pernah dialami ibunya selepas membuang sebuah televisyen lama di kawasan berhampiran masjid yang dikelilingi hutan.
Menerusi podcast Sembang Seram, Eyra, 28, mendakwa perut ibunya yang sebelum itu rata tiba-tiba membesar pada keesokan harinya selepas televisyen berkenaan dibuang.
Menurut Eyra, ibunya kemudian mendapatkan pemeriksaan di klinik dan terkejut apabila dimaklumkan sedang hamil tujuh bulan.
Lebih mengejutkan, bayi yang dikandung itu dikatakan adalah dirinya.
“Mak saya balik kampung ayah sebab ada kenduri ketika itu. Tiba-tiba terjumpa satu TV lama dalam rumah dan mak pergi buang TV tersebut di kawasan sebuah masjid yang dikeliling hutan.
“Esok paginya, perut mak saya yang asalnya rata tiba-tiba jadi besar macam orang hamil. Pergi klinik dan doktor scan, nampak ada kaki, tangan dan mata. Doktor cakap ada bayi tujuh bulan dalam perut, bayi itu adalah saya.”
Disebabkan kejadian tersebut, Eyra berkata adik-beradiknya sering mengusiknya dengan gelaran ‘bunian’.

“Sebab itu adik-beradik saya yang lain cop dan panggil saya bunian. Ramai yang tidak percaya dengan kisah ini, tetapi orang kampung tahu mengenai cerita tersebut.”
Berkongsi lanjut mengenai kisah kelahirannya, Eyra berkata bapanya turut pernah menceritakan keadaan dirinya ketika dilahirkan yang dikatakan agak berbeza berbanding bayi lain.
Menurut Eyra, bapanya mendakwa urat pada tubuhnya ketika itu jelas kelihatan selain proses kelahirannya juga berlaku dengan sangat mudah.
“Bapa kata sewaktu saya dilahirkan, segala urat jelas kelihatan. Macam jernih, bersih betul keadaan saya. Tidak sampai 15 minit mak saya duduk di ‘labour room’. Sangat mudah proses mak saya melahirkan.
Sumber: beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
