Baru-baru ini, pempengaruh dan juga usahawan, Khairul Aming (KA), telah melancarkan produk terbaharu iaitu Sambal Nyet Bilis.
Menariknya, lima pelanggan terpantas dan pembeli yang ke 1,000 serta 2,000 berpeluang bercuti ke Dolomites, Itali.
Sehingga kini, lima pelanggan terpantas telah diketahui pemenangnya namun pembeli yang ke-1,000 dan 2,000 masih menjadi tanda tanya.
Suami Hari-Hari Bergurau Nak Pergi Itali, Wanita Tak Sangka Suami Jadi Pemenang Ke-7
Terbaharu, seorang wanita tidak menyangka suaminya merupakan pembeli ke 2,000 sekaligus menjadi pemenang ke-7 bagi peraduan berkenaan.
Detik bermakna itu dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai Afiqah dalam satu hantaran di Threads @afiqahz88.
Kongsi Afiqah, suaminya yang dikenali sebagai Nasruddin sememangnya suka bergurau untuk pergi ke Itali seolah-olah menyimpan harapan dapat memenangi peraduan tersebut.
“Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka. Hari-hari dia duduk gurau-gurau kata pergi Itali, nak kemas beg la, nak pakai baju apa la, siapa nak hantar airport la.
“Dia kecewa semalam sambal dah post out sebab KA cakap yang dapat pergi akan post lambat-lambatkan. Akhirnya terjawab juga. Tahniah awak,” tulisnya.

Malah, Afiqah sebelum itu turut memuat naik hantaran bertanyakan tentang status pembeli yang ke-1,000 dan 2,000 bagi pihak suaminya.
“Dah ada ke pemenang ke 1,000 atau 2,000? Hari-hari encik suami mengharap ni, kecewa dia semalam status dah courier,” tulisnya.

Suami Lebih Teruja Sebab Dapat Beli Sambal, Sebelum Ini Tak Pernah Berjaya
Kongsi Afiqah kepada BuzzKini, suaminya berasa terkejut namun menzahirkan rasa syukur dengan kemenangan itu.
Ini kerana jelas Afiqah, suaminya itu teruja dengan pembelian lima botol sambal bilis nyet kerana sebelum ini tidak berjaya membeli produk berkenaan.
“Suami memang teruja menanti parcel dari hari berjaya dia beli. Sebenarnya lebih kepada teruja sebab dapat beli sambal, sebelum ini tak pernah berjaya,” kongsinya.
Berita gembira itu turut dikongsikan oleh suaminya dalam satu hantaran di Threads @nasruddinsidek.
“Assalamualaikum Khairul Aming. Alhamdulillah surat saya juga dah sampai. Terima Kasih KA & team. Terima Kasih Allah untuk rezeki ini,” tulisnya.

Malah, Khairul Aming turut menzahirkan ucapan tahniah dan berkongsi perkara tersebut di Threads miliknya mengenai penemuan pemenang yang ke-7.

Ramai Teruja Dengan Kemenangan Suami Afiqah Jadi Pembeli Ke 2,000
Perkongsian yang telah mendapat lebih 54,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan suami Afiqah yang berjaya menjadi pembeli Sambal Nyet Bilis yang ke-2000.
Ini sekaligus menjadikan suaminya itu sebagai pemenang ke-7 yang memenangi pakej percutian ke Dolomites, Itali.
Malah, pemenang yang ke-6 iaitu pembeli ke 1,000 turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Nasruddin dalam hantaran di Threads.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Tahniah Sis & Suami. Selamat Bercuti Ke Itali”

“Wah Tahniah Bang! Kita Jumpa Dekat Airport Nanti”

“Muka Ada Senyum, Ini Pembeli Ke Berapa?”

“Macam Dapat Golden Ticket Willy Wonka”

“Tahniah”

Sumber: buzzkini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
