Hiburan

“Elisya Sandha dah dapat Izin Suami” Dia percaya kalau saya nak menutup aurat, saya buat untuk Allah bukan orang lain..

Pelakon Elisya Sandha tampil menjelaskan mengenai isu pemakaiannya ketika menyertai acara kecergasan Hyrox di Bangkok, Thailand.

Memetik Oh Bulan, Elisya Sandha berkata pakaian tersebut adalah hasil perbincangan bersama rakan-rakan yang turut serta untuk mengenakan baju yang sama.

Menurut Elisya lagi, dia menyedari penampilannya pasti akan menjadi perhatian serta dikecam oleh netizen.

“Kawan-kawan saya yang sertai Hyrox nak pakai baju yang sama. Saya hanya ikut saja, mereka yang uruskan Saya tahu saya akan kene kecam sebab pemakaian tapi apa yang penting saya dapat pengalaman bersama kawan-kawan.

“Kalau pergi latihan saya tidak pakai seksi pun. Saya pakai t-shirt biasa saja. Cuma sebab kita di Hyrox mestilah nak bersiap. Nak rasa macam atlet,” katanya.

Sementara itu, Elisya berkata apa yang penting dia sudah mendapatkan keizinan daripada suami berkenaan pemakaiannya itu. Katanya lagi, mempunyai suami yang

“Saya tak terganggu pun dengan komen-komen itu semua. Yang paling penting saya dah minta izin suami. Suami izinkan. Itu juga satu rezeki dapat suami yang terbuka. Dia percaya yang kalau saya nak menutup aurat, saya buat untuk Allah bukan orang lain,” katanya.

Sumber: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.