Pelakon dan penyanyi Lufya Omar membuka kembali kisah kehidupannya selepas melalui perceraian kira-kira enam tahun lalu, termasuk fasa sukar yang didakwanya dipenuhi tekanan emosi dan kewangan.
Menurut Lufya, dia pernah meninggalkan kerjaya dan memberikan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga sebelum perkahwinannya berakhir. Situasi tersebut menyebabkan dirinya berada dalam keadaan tertekan sehingga mengambil keputusan untuk menutup pintu hati dan memberi fokus kepada anak serta keluarga.

Lufya turut mendedahkan pernah berdepan dilema untuk kembali berlakon apabila mendakwa terdapat tawaran yang memerlukannya membuka hijab.
Dalam keadaan tertekan memikirkan sumber pendapatan untuk membesarkan anaknya, Lufya berkata dia banyak berdoa agar dipermudahkan mencari rezeki halal.
Menurutnya, titik perubahan bermula apabila ibunya meminta dia menjual kek durian sebelum dia sendiri belajar membuat kek.

Dalam perkongsian berasingan, Lufya turut mengimbas kembali kecaman yang diterimanya selepas bergelar ibu tunggal, termasuk dakwaan dirinya seorang yang materialistik.
Lebih mencuri perhatian, Lufya menjelaskan sebab dia pernah menuntut mutah sebanyak RM1 juta daripada bekas suaminya.
Menurut Lufya, jumlah tuntutan berkenaan dibuat kerana dia mahu mempertahankan dirinya selepas mendakwa berdepan layanan yang tidak adil.
“Saya tuntut Mutaah dengan jumlah besar Kerana saya nak bangkit lawan mereka. Saya tidak mahu lagi dibuli oleh 2 manusia ini.”
Lufya turut berkata keputusan yang diperolehnya sebelum ini memberi makna tersendiri kepadanya meskipun jumlah yang diterima tidak sebesar tuntutan asal.
“Akhirnya saya menang juga walaupun jumlahnya tak banyak tapi cukup membuktikan kezaliman ‘arwah’ dan saya bukan isteri Nusyuz.”
Sumber: beaitifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
