Hiburan

“Saya dah sertu..” pelakon Nadiyah Shahab bersuara jawab isu pegang haiwan didakwa serigala

Pelakon Nadiyah Shahab memaklumkan bahawa dia telah melakukan sertu sebagai langkah berjaga-jaga selepas tular gambar dirinya memegang seekor haiwan yang didakwa sebagai serigala.

Serigala

Menerusi komen di Instagram, Nadiyah, 32, berkata dia sudah membuat semakan berhubung hukum bersentuhan dengan serigala berkenaan.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan rasa was-was, Nadiyah berkata dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan sertu.

Saya sudah semak juga. But just in case, saya dah sertu juga.

Terdahulu, netizen meluahkan rasa kurang senang apabila Nadiyah memuat naik gambar memaparkan dirinya memegang haiwan didakwa serigala.

Perkongsian itu mencetuskan perbahasan dalam kalangan netizen apabila ada yang mendakwa haiwan tersebut bukan serigala, sebaliknya siberian husky iaitu baka anjing yang mirip serigala

Sumber: ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.