Semasa

17 Individu Ini Dik0mpaun ‘Dine-in’ Tapi Bukan Sebab Tak Ada Sijil Vkasin

Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seramai 16 pengunjung dan seorang pengusaha sebuah restoran di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini dikompaun berjumlah RM42,000 selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pada pemeriksaan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis mendapati pihak berkenaan menjalankan dan terlibat dalam aktiviti tidak dibenarkan iaitu ‘dine-in’ melebihi masa yang ditetapkan.

“Seramai 16 pengunjung lelaki dan seorang wanita pengusaha premis ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Pengunjung berkenaan masing-masing dikompaun RM2,000, manakala pengusaha premis dikompaun RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafee, mereka didapati melakukan kesalahan aktiviti terlarang di bawah Peraturan 26 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPBB) (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (PPN) SOP Fasa 2 2021.

Beliau berkata, orang ramai dinasihati mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa PKP 3.0 dan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada pengusaha premis makanan dan orang ramai yang melanggar SOP.

Lengkap 2 Dos V4ksin, Boleh ‘dine-in’ di negeri Fasa 1 PPN 

Terdahulu INDIVIDU yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan aktiviti dine-in di restoran mulai Jumaat.

Kemudahan itu adalah tambahan kepada kemudahan sektor sosial selepas dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengusaha-pengusaha premis kedai makan disarankan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik.

Beliau berkata, hal ini kerana risiko penyebaran virus Covid-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, pemilik premis kedai makan perlu memastikan individu yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil vaksinasi Covid-19, yang menunjukkan individu terbabit telah menerima vaksinasi lengkap.

“Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ketat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house juga dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in.

“Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.

Namun, katanya, operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

Selain itu, Muhyiddin berkata, aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga dibenarkan di negeri-negeri Fasa 1 PPN dan ia terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.

“Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik.

“Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam,” katanya.

Katanya, ini termasuk termasuk joging, senaman, taichi, berbasikal, skaterboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (perseorangan), badminton (perseorangan), golf, permotoran dan seumpamanya.

Tambahnya lagi, aktiviti lain yang dibenarkan termasuk perkelahan dan perkhemahan dan penyertaan anak-anak berusia 17 tahun ke bawah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Malah, katanya, operasi pasar malam dan pasar minggu juga dibenarkan bermula esok.

“Pihak penguatkuasa yang berkenaan serta pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.

Ketika ini, negeri-negeri dalam Fasa 1 PPN adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah, Melaka dan Johor selain Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sumber : kec0hape

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *