Hiburan

“Zoey Rahman Setia Temani Zarina Anjoulie Buang Tatu” Sekali Netzen Perasan Sesuatu Yang Tak Sepatutnya

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Zarina Anjoulie dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Zoey Rahman apabila mereka dilihat rapat.

Bagaimanapun, Zoey berkata mereka sedang mengenali hati masing-masing apatah lagi mereka sudah saling mengenali sejak tahun 2010 lagi.

Terbaru, Zarina atau lebih mesra disapa Anju ada memuat naik video pergi ke satu klinik bersama Zoey untuk membuang tatu yang ada di badannya.

Menerusi video berkenaan turut memaparkan proses pembuangan tatu menggunakan kaedah laser. Anju juga memaklumkan tatu nama Yas (bekas suaminya) merupakan tatu pertama yang dibuang olehnya.

Klik untuk videonya

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Anju akan berubah menjadi lebih baik selepas membuang tatu di badannya. Malah, ramai mendoakan hubungannya bersama Zoey berkekalan dan sampai ke jinjang pelamin.

Antara komen Dari Netizen

“Duk tarik kepala Zoey rapat ke dada tu motif??alahaii baru² lagi wangi lah..buang nama ex,letak yg new..dan seterusnya smpai anak kau bsr Anju

“Seseorang yang dalam keadaan maksiat, jangan kita benci dia selagi dia diberi nafas untuk bertaubat. Kita tak tahu pengakhiran dia bagaimana. Benci perbuatannya dan mendoakan hidayah buatnya juga sudah memadai.

“Diorang adik beradik duduk serumah ke yg peluk rapat mcm tu? Batasan aurat dgn bukan mahram langgar..sop pun langgar..ke ni video 2 tahun lepas? Halu pulis..

“zoey letak kepala atas apa tu? mesti empuk je kan rasa mcm baring kat bantal cowa.. takde bau masam2 ke tu? contoh mcm bau asam keping ke asam jeruk ke

Zarina Anjoulie, Zoey Rahman Bercinta?

Baru sahaja dua bulan bercerai, hangat diperkatakan apabila pelakon Zarina Anjoulie dikatakan bercinta dengan pelakon Zoey Rahman.

Timbul spekulasi dikalangan netizen apabila kedua mereka dilihat rapat dan sering membuat Instagram Live bersama. Malah, Zarina juga dilihat ada memuat naik foto bersama Zoey dengan emoji ‘cinta’.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Zarina, Zoey mereka sedang mengenali hati masing-masign. Kata Zoey lagi, dia sudah mengenali Zarina sejak tahun 2010.

“Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan. Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan. Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang.

“Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Zoey, sejak hubungan mereka diperkatakan dia menerima banyak mesej daripada netizen yang suka namun ada yang mengecamnya apatah lagi Zarina pernah dua kali berkahwin.

“Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

“Sebenarnya dia ‘gila-gila’. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya.

“Kita ini manusia biasa, jangan menilai orang berdasarkan apa yang nampak. Kita tidak tahu pengakhiran hidup macam mana. Setiap orang ada fasa jahat, baik, jatuh dan bangun. Orang boleh berubah bila-bila masa saja. Sejujurnya, saya tak mampu puaskan hati semua. Mana yang suka, terima kasih. Jika sebaliknya, itu pilihan masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Zoey menafikan hubungan rapatnya dengan Zarina itu hanya gimik semata-mata untuk melariskan produknya Mikaseries kerana jenamanya itu sudah popular.

“Pemasaran, gimik, bukan sama sekali. Saya ada banyak klien profesional. Takkan saya nak buat gimik bukan-bukan. Jadi saya kena profesional.

“Lagi pun kerjasama saya dengan syarikat besar itu sudah ada syarat ditetapkan. Cumanya, apabila perkara ini tular sedikit sebanyak meningkatkan jenama produk saya. Kalau saya nak tumpamg populariti dia, jenama Mikaseries sudah popular dulu,” katanya.

Sumber : r0tikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *