Hiburan

Zizan dah ada awek baru? Cantik manja-bila fans komen dia kata ramai DM nk rab4?

PELAKON dan pelakon Zizan Razak mengakui dia pernah menganggap dirinya bermasalah apabila sering gagal dalam setiap hubungan percintaan.

Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata dia kini lebih matang dalam soal cinta dan mengambil perkara yang berlaku secara positif.

Memang pernah terfikir saya sendiri bermasalah ke tapi kini, saya lebih matang bila bercerita mengenai soal cinta. Bila fikir balik, Allah tahu yang terbaik untuk kita.

“Jadi, saya perlu fikir positif. Kita hidup di muka bumi ini bukan hanya untuk diri kita saja tapi untukNya. Apa yang berlaku, bukan kehendak kita tapi semuanya perancangan daripada Allah.

Dia yang di atas menentukan dengan siapa kita layak bersama,” kata Zizan kepada mStar.

Sebelum ini, Zizan pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans sekitar tahun 2012.

Saya pernah mencuba untuk ke arah itu tapi apabila rezeki lain datang, saya fokus pada kerja dahulu.

Manakala sekitar 2013, Zizan mula bercinta dengan pelakon Emma Maembong namun percintaan itu hanya bertahan selama dua tahun.

Juliana dan Emma kini sudah berkahwin dan menjalani kehidupan bahagia bersama suami masing-masing.

Dalam pada itu, Pelakon Polis Evo ini memberitahu dia pernah mencuba untuk mendirikan rumah tangga namun tiada jodoh.

ZIZAN KONGSI FOTO GUNA FACEAPPS TARIK PERHATIAN RAMAI

KOMEN2 NETIZEN SEKALI ZIZAN BALAS BALIK

komen kawan artis

Sumber : apaceritatv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *