Hiburan

Zarina Zainuddin Sanggup Bayar Gaji Bakal Menantu Kalau Ada Yang Betul-Betul Ikhlas

Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin dan menjaga, mengurus serta membahagiakan anak kembarnya yang juga penghidap autisme, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal.

Zarina, 51, berkata, ia selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.

Kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau Azil juga menghidap autisme.

“Kalau ada orang boleh jaga dan bahagiakan dia, saya sanggup menggajikannya setiap bulan.

Sekarang susah nak dapat orang yang ikhlas. Manalah tahu orang tu tak nak ‘free’ saja. Ditambah dengan keadaan anak saya yang macam ini, adakah yang sanggup?

“Dia memang nak kahwin dan pernah cakap mengenainya. Sebelum ini ada wanita Indonesia dan cantik orangnya.

Namun, sebab dia pakai tudung, Azal tak nak. Dia kata perempuan kalau sudah tua baru pakai tudung.

“Namun, saya jelaskan kepadanya kenapa wanita Islam dewasa kena pakai tudung.

Tapi, dia cakap nanti sudah tua barulah pakai dan dia bandingkan pula dengan saya.

Saya terdiam dan tak boleh nak cakap apa. Kadang-kadang perjalanan itu sendiri yang akan mengubah kita,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zarina, Azal menghidap autisme tahap sederhana berbanding Azil yang perlu mengambil ubat.

“Azal dalam kategori autisme tahap sederhana. Jadi, dia boleh buat sama saja seperti orang lain.

Saya sanggup pergi melamar orang itu jika ada yang betul-betul nak dengan dia. Kadang-kadang kalau anak kita dengan kita, kita nak orang itu fokus pada anak kita.

“Kita kena berkorban juga untuk orang yang sanggup berkorban untuk anak kita.

Bagi saya itu tak salah kalau bagi dia gaji sekali pun sebab dia pun nak ada kehidupan dan nak beli apa dia mahukan.

Azal juga sudah ada gaji dan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). Saya nak dia ada persediaan untuk masa depan dia,” katanya.

“Hitamnya Hati Kamu…,” – Dikec4m Sebab Buat IG Live Ketika Anak HiIang Di Bazar Ramadan, Netizen ‘Back Up’ Zarina Zainuddin!

Pelakon, Zarina Zainuddin ada berkongsi detik cem4s apabila memaklumkan anaknya, Azil telah hil4ng sewaktu mereka berkunjung ke sebuah bazar Ramadan di Shah Alam pada Sabtu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Zarina menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Malah, Zarina turut dilihat berkongsi proses mencari anaknya itu yang juga merupakan pesak!t autisme menerusi ruangan IG Live.

Katanya lagi, anaknya itu telah hil4ng mungkin disebabkan mahu pergi ke tandas untuk membuang air kecil.

 

“Anak saya hilang di bazaar Ramadan Stadium Shah Alam. Saya rasa dia nak pergi buang air kecil,” tulisnyaa

 

Video berdurasi lebih lapan minit yang memaparkan Zarina sedang mengelilingi kawasan bazar untuk mencari anaknya itu telah pun meraih hampir 350,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Tidak lama kemudian, Zarina memaklumkan dia telah pun berjumpa dengan Azil yang sebenarnya sedang menantikan mereka di tempat letak kereta.

“Alhamdulillah, dah jumpa dah Azil. Dia pergi dekat kereta lagi satu yang parking bawah stadium. Kami datang dua kereta. Terima kasih semua,” katanya lagi.

Bagaimanapun, entri berkenaan difahamkan turut dicemari dengan komen-komen nakal yang mendakwa Zarina seperti sengaja ingin mencari perhatian gara-gara memuat naik video cemas tersebut di Instagram.

“Semua benda nak record ke? Sampai anak hilang pun sempat nak record,” kata seorang individu.

Komen tersebut nyata mengundang kemarahan warga netizen lain yang menyifatkan mereka juga akan melakukan perkara sama sekiranya anak mereka hilang di khalayak ramai.

“Saya juga ada anak istimewa. Jika saya juga dalam situasi yang sama dan saya punya followers yang ramai, saya juga akan buat live untuk cari anak saya. Gunakan apa sahaja platform yang boleh untuk cari anak,” kata seorang pengguna Instagram.

“Apa masalah awak kalau record pun, bukan effect dekat awak apa-apa pun. Bersangka baik tak boleh ke. Kalau dia record then ada orang dalam IG ni yang terjumpa anak dia ke sebab di bazar yang sama, kan dah boleh membantu. Rasa tak suka boleh je unfollow,” kata individu lain pula.

“Hitamnya hari kamu,” luah seorang individu.

Pada masa sama, netizen dan rakan-rakan artis turut meluahkan rasa lega selain turut mendoakan semoga semua baik-baik sahaja buat Zarina sekeluarga.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mediahiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *