“Wawa Zainal muntah drah ketika tunai umrah” sakit hingga tak mampu nak bangun, ini keadaan terkini Wawa buat ramai yang mendoakannya

Pada Khamis lepas, pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama anak ketiganya, Ayya Soffya dan kumpulan usahawan yang banyak membantu perniagaan Wawa Cosmetic.

Terbaharu, Wawa Zainal yang sedang menunaikan ibadah umrah mendedahkan badannya tidak berasa sihat sehingga mengalami muntah darah.

Panas dalam

Menerusi hantaran di Instagram Story, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin baru sahaja selesai menunaikan umrah dan pada pagi itu dia mengalami sakit sehingga tidak mampu untuk bangun.

Menurut Wawa, masalah kesihatan yang dialaminya itu mungkin disebabkan panas dalam.

Alhamdulillah, selesai menunaikan umrah semalam. Pagi itu, Wawa sakit sangat memang tak mampu nak bangun.

Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam. Minta doa banyak-banyak supaya sembuh, jadi boleh umrah bersama kumpulan. Alhamdulillah di permudahkan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun itu mendedahkan bahawa dia turut mengalami sakit sendi dan urat yang teruk.

Disebabkan itu, Wawa mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan kendiri Covid-19, Influenza A dan B, namun bersyukur semua keputusan tersebut negatif.

Dua kali buat pemeriksaan sebab sakit sendi dan urat yang tak boleh bawa bincang. Tapi, Alhamdulillah negatif.

Mungkin letih sangat tak henti bekerja dan terus ke sini.

Badan pula dah 30-an, tapi perasan 20-an boleh buat semua benda.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *