Semasa

Wanie Ingin Buat Laporan P0Iis, Sekali Peguam ni Bagi Pendapat yg Membuatkan Wanie Terdiam

GADIS besiti, Wani Comel tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ini terhadap kelakuan warganet yang memberi kara-kata negatif terhadap dirinya di media sosial.

Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dia terpaksa bertindak sedemikian kerana terlalu banyak kenyataan yang diberikan terhadapnya.

Ini selepas membuat pendedahan dakwaan diprdaya usahawan kosmetik terkenal minggu lalu.

“Terlalu banyak pihak yang tak henti-henti mengacau hidup Wani dengan pelbagai kata-kata kesat.

Dan tak kurang juga ada yang mendoakan Wani pergi buat selamanya.

Wani ingin menasihatkan agar mana-mana individu yang tag saya dengan cubaan gangguan, ftnah, dan apa-apa perkara negatif lain termasuk body shming.

Saya sendiri akan membuat laporan polis dan laporkan kepada pihak SKMM kerana saya berhak berbuat demikian,” katanya.

Kenyataan yang dimuat naik Wani Comel di Instagramnya.

Wani juga meminta warganet berfikir dahulu sebelum menulis komen berkaitan dirinya jika tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap mereka

.Jelasnya lagi, dia dalam usaha mengumpul kata-kata hinaan itu sebagai bukti untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Mereka yang membantu Wani telah mengumpulkan semua bukti-bukti serta komen anda yang menghina.

Mengecam dan menghasut masyarakat untuk provokasi, menimbulkan perbalahan di media sosial di Instagram dan DM Wani.

Tiada faedah untuk Wani menipu sesiapa dan tiada untungnya Wani buat tindakan macam tu. Hati-hati menulis takut termakan diri,” katanya.

Menerusi laporan mStar Jumaat lalu, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi.

Ini kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.

Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah.

Kereta dan belanja harian selepas menandatangani kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.

Peguam ni Bagi Pendapat yg Membuatkan Wanie Terdiam

Isu kontrak Wani dan Datuk Seri Aliff Syukri.Isu kontrak tidak dibaca, isu kontrak berat sebelah.

Dari sudut undang-undang, bagaimana? Kalau tidak baca tetapi tandatangan, bagaimana? Sah atau tidak?

Gigih saya mendengar kenyataan media Wani Comel dan peguamnya.

Saya rasa kes-kes begini, menyebabkan orang awam mungkin berminat untuk belajar tentang undang-undang kontrak.

Jadi saya kongsikan penulisan ini.

Dalam undang-undang secara asasnya, selagi mana pihak-pihak tidak dipaksa, diugvt, dit1pu, salah disisi undang-undang.

Atau atas sebab salah representasi (penyampaian sesuatu yang tidak benar) maka perjanjian itu akan masih kekal berkuatkuasa.

Bermaksud, selagi mana pihak-pihak diberikan ruang membaca dan tiada elemen-elemen diatas maka perjanjian adalah sah.

Seksyen 19 Akta Kontrak memperuntukkan bahawa Perjanjian perlu ditandatangani dengan kerelaan pihak-pihak tetapi sekiranya kerelaan itu diperolehi.

Itu secara paksa, ugvtan, pen1puan dan salah representasi jadi kontrak adalah tidak sah.

Jadi sekiranya kita memperolehi perjanjian, kita perlu BACA dahulu.

Kalau tidak faham dapatkan nasihat dari rakan-rakan sekeliling atau yang lebih pakar seperti peguam.

Kalau kita tidak diberikan peluang untuk membaca dan dipaksa kita tandatangan, disuruhnya kita segera tandatangan, pasti ada sesuatu yang tidak kena atau kontrak berat sebelah.

Cuba elakkan. Kerana jika sudah ditandatangan, anda adalah terikat dengan terma-terma.

Saya tonton video Wani, saya cuba cari dimana setiap perkataan yang dikatakan dit1pu.

Berat sebelah atau apa-apa sahaja elemen yang menyebabkan pengan1ayaan dalam kontrak terhadap Wani.

Bukan peminat Aliff Syukri tetapi…

Saya ini bukanlah peminat Aliff Syukri, ada juga penulisan saya terhadapnya menyuarakan tentang bab undang-undang.

Kalau ada yang pernah baca, pasti tahu.

Saya tidak gemar caranya mengurvng kucing dalam tandas, isunya dengan anak angkat dll tetapi saya ini menulis bukan kerana emosi.

Saya menulis pada pandangan saya tentang isu semasa dan undang-undang.

Tidak mungkinlah Aliff Syukri salah dalam semua hal.

Jadi dalam konteks ini kita perlu lihat sama ada terdapat pengan1ayaan kontrak.

Dalam kes ini, apabila menonton sidang media, saya tidak dapat tngkap di mana isu pengan1ayaan kontrak.

Sebelum kita mengadili, perlu kita tahu keseluruhan terma kontrak itu.

Adalah tidak wajar kita mendengar satu atau dua klausa perjanjian yang dibacakan oleh peguam Wani dan yang dikatakan berat sebelah itu, terus kita mengadili.

Bagaimana dengan terma yang lain?

Kerana di mhkamah, jika kita ingin mencabar sesuatu perjanjian, perjanjian itu perlu dibaca dan dilihat dari keseluruhannya.

Bukan memilih satu atau dua yang tidak adil.

Bagaimana pula Klausa yang lain? Kerana yang dua ini, adakah menjadikan keseluruhannya tidak adil?

Dalam satu perjanjian ini, biasanya ada menyenaraikan tanggungjawab pihak-pihak.

Adakah pihak Wani juga menjalankan tanggungjawabnya?

Sidang media bukanlah mhkamah untuk kita menuntut, ianya hanyalah pemberitahuan dan biasanya satu pihak sahaja.

Biasanya mungkin berakhir dengan penilaian yang mungkin betul atau mungkin salah.

Wani mengesahkan, memang ada kontrak dan dia disyaratkan untuk menjalani operasi pintasan usus bagi mengurangkan brat bdan dan segala kos ditanggung oleh pihak sana.

Kata Wani juga bahawa pada asalnya dia tidak boleh berjalan dan kemudian boleh berjalan kerana operasi dan dia menjaga makan.

Alhamdulilah, kesan yang bagus untuk Wani. Bagus juga kerana ditanggung oleh Aliff Syukri.

Berkenaan dkwaan Wani bahawa dia juga menanggung skit dan kesan selepas operasi, dia tidak boleh makan makanan brat.

Pasti akan rasa sakit.Biasanya bagi prosedur operasi perubatan ini, pakar perubatan dan kumpulan perubatan akan menerangkan dahulu kepada pes4kit berkenaan prosedurnya, kesannya dan lain-lain.

Ini adalah praktis dan amalan seorang pengamal perubatan.

Jadi saya percaya operasi pintasan usus atau operasi Bar1atric ini bakal dijelaskan kepada pes4kit, apa entah lagi.

Prosedur ini perlu cara penjagaan selepas operasi dan bakal berlaku kesan.

Lepas operasi tetap kena jaga makan.

Bukan mudah. Sukar hendak buang tabiat pemakanan yang bertahun-tahun.

Selepas operasi, peserta masih perlu amalkan pemakanan dan perlu bersenam.

Semuanya terletak pada diri sendiri. Bukan hanya semata-mata kepada operasi.

Bermakna, selepas operasi itu Wani masih perlu menjaga makan.

Kita juga tidak tahu berkenaan terma sekiranya Wani gagal mematuhi terma iaitu menguruskan bdan, maka perjanjian adalah terbatal.

Sekiranya benar dakwaan Wani bahawa dia ditinggalkan begitu sahaja selepas operasi dan sekiranya Wani telah menjalankan usaha, maka Aliff Syukri tidak wajar.

Tetapi jika Wani sendiri yang tidak memenuhi kontrak dengan meneruskan memakan produk dan menguruskan brat bdan.

Maka, Wani adalah tidak wajar. Seperti saya katakan kontrak harus dilihat dari keseluruhannya. Kita tidak tahu apa cerita disebaliknya.

Berkenaan isu ‘wayang’ depan warganet, rupanya bukan kurus sebab produk tetapi sebab operasi. Erm?

Isu berkenaan ‘strategi wayang marketing ini bukanlah sesuatu yang baru’.

Bukan dia sahaja yang buat, yang lain pun sama.Misalnya, Jual produk muka, gambar muka model di ‘edit’ dengan paling flawless atau siap bermake up.

Menunjukkan gaya kehidupan yang mewah dan menjual produk MLM, padahal tiap-tiap bulan kais pagi makan pagi.

Saya rasa isu ‘wayang’ di sosial media ini berpisah tiada. Terpulang kepada kita sama ada hendak jadi pengguna atau follower yang bijak.

Fokus kita adalah pada perjanjian. Saya harap isu diselesaikan secara baik. Janganlah bertambah teruk.

Berbincanglah.

Sumber : FB Nor Zabetha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *