Hiburan

Walau Pelbagai Dugaan Menimpa, Akhirnya Neelofa Dedahkan Juga Mengapa Teruskan Hbgn dgn PU Riz

Selepas hampir seminggu warganet ternanti-nanti berita pernikahan selebriti dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau PU Riz.

Mereka akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Neelofa yang masih mengekalkan niqabnya tetap kelihatan anggun dengan busana serba putih sedondon dengan PU Riz yang terlihat tenang sepanjang majlis pernikahan.

Akan nikah yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi ini bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur bertemakan Jabal Rahmah.

Dan para tetamu juga mengenakan pakaian serba putih bersesuaian dengan tema.

Neelofa telah dinikahkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin.

Pernikahan pasangan ini juga turut disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.

Perkahwinan Neelofa dan Haris ini antara ‘wedding Of The Year’ buat golongan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh peminat-peminat mereka.

Meluahkan rasa syukur majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka itu berjalan lancar, Neelofa dan PU Riz berharap ikatan perkahwinan yang dibina itu diberkati oleh Allah.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.

Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah,” ujar kedua-duanya.

Terdahulu, bibit-bibit cinta antara Neelofa dan Haris semakin mekar apabila mereka bekerjasama membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa Jun tahun lalu.

Malah, Haris, dilihat kerap mengunjungi kediaman keluarga Neelofa di Damansara bagi tujuan memberi ceramah berkaitan ilmu agama.

Walau Pelbagai Dugaan Menimpa, Akhirnya Neelofa Dedahkan Juga Mengapa Teruskan Hbgn dgn PU Riz

Neelofa mendedahkan dia mula mengenali suaminya iaitu PU Riz pada 2017 dan pernah bekerjasama dalam sebuah projek pada 2018.

Bagaimanapun, Neelofa berkata setahun lalu mereka kembali berhubung dan mula mengenali hati budi masing-masing.

Neelofa menyifatkan suaminya seorang yang baik hati, lemah lembut serta sifat matang jejaka berusia 26 tahun itu membuatkan hatinya terpikat.

“Selepas kolaborasi pada 2018, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.

Daripada titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing.

“Dia meruppakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.

Apabila berbual dengannya kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

“Dia juga seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” katanya.

Kini sudah bergelar isteri, Neelofa berkata dia sudah melakukan persiapan dengan menghadiri kelas khas untuk persiapan memasuki alam rumah tangga.

“Selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat.

Banyak nasihat yang diberikan dan Insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan,” katanya.

Majlis pernikahan Neelofa dan PU Haris sebentar tadi sememangnya merupakan antara majis yang akan diingati kerana begitu gah walaupun sederhana.

Dipenuhi dengan bunga-bunga segar serba putih, mempelai dan para tetamu dilihat begitu menikmati suasana indah bertemakan Jabal Rahman di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur itu.

Antara yang mencuri tumpuan sudah tentu pengacara majlis yang begitu romantik menuturkan bicara bagi memandu majlis pernikahan tersebut menjadi lebih menarik.

Tak lain tak bukan suara emas itu milik pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya yang menggalas tanggungjawab sebagai pengacara majlis Neelofa dan Haris sehingga selesai.

Umum sedia tahu bahawa Fedtri Yahya juga telah menjadi pembawa acara pada majlis pernikahan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel semalam yang bertempat di carpe_diem_serendah.

Oleh itu, warganet yang perasan kehadiran beliau telah meninggalkan pelbagai komen diruangan Twitter dengan berasa teruja melihat sosok pengacara tersebut di majlis artis-artis kegemaran mereka.

Ada juga yang menyuarakan cita-cita untuk mendapatkan khidmat pengacara Jejak Rasul ini yang sememangnya terkenal dengan madah yng cukup puitis jika membawakan acara.

Pada minggu lepas, Fedtri Yahya turut menjadi pengacara majlis bagi perkahwinan anak kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Norhisham Abdullah yang berlangsung secara tertutup dengan kehadiran hanya 30% dari keluasan dewan sahaja.

Sumber : Twitter, OM, Gulapop, K0smo, Fedtri Yahya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *