Hiburan

“Wah, Sweetnya” Intan Najuwa Terima Hadiah Daripada Zul Ariffin

Perkongsian aktres cantik Intan Najuwa hari ini mencuri perhatian ramai apabila dia menerima senaskhah al-Quran sempena ulang tahun kelahiran ke-24 hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, tertulis ucapan istimewa daripada seorang individu dengan singkatan nama Z.A.

“Selamat hari jadi ke-24. Barakallah! dan diikuti dengan simbol hati,” tulis individu tersebut.

Walaupun tidak berkongsi secara terperinci tentang individu yang memberi hadiah istimewa tersebut, namun netizen mengandaikan Z.A merupakan singkatan bagi nama aktor kacak Zul Ariffin.

Malah, tanda tangan yang tertera pada ucapan tersebut juga mirip dengan milik Zul.

Sementara itu, Zul ketika dihubungi Kosmo! semalam mengesahkan bahawa hadiah al-Quran berkenaan memang merupakan pemberian daripadanya kepada Intan.

“Ya, memang saya bagi. Tapi sebagai hadiah daripada seorang kawan, itu sahaja. Kalau boleh, tak perlulah perbesar-besarkan hal ini. Itu cuma senaskhah al-Quran,” komennya ringkas.

Dalam pada itu, usaha Kosmo! mendapatkan respon pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu mengambil pendekatakan untuk tidak mengulas tentang dakwaan tersebut.

Untuk rekod, Kosmo pada 22 Mac lalu melaporkan Zul pernah menafikan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Intan.

Malah, dia juga menepis dakwaan menjadi orang ketika sehingga menyebabkan Intan dengan ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli putus tunang.

Terdahulu, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan Razrul pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22.

Bagaimanapun, enam bulan kemudian iaitu pada sekitar Februari 2020, Intan dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dengan tunangnya.

Namun, sekitar Jun 2020, status mereka sekali lagi menjadi tanda tanya selepas Intan berkongsi sekeping foto yang memperlihatkan dia meletakkan kepala pada bahu seorang lelaki yang dipercayai tunangnya.

Sumber : K! 0NLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *