Hiburan

Vokal Nabila Razali pada Malam AJL jadi perhatian. Ini kata2 Hafiz Hamidun buat ramai setuju

PETALING JAYA – Debaran kian terasa. Media sosial hari ini khususnya Twitter mula dibanjiri dengan ramalan-ramalan netizen tentang karya yang bakal dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) esok.

Antara lagu yang diramal netizen bakal dinobatkan sebagai juara ialah Peluang Kedua hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF.

Penyanyinya, Nabila Razali ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi pertandingan berprestij tersebut.

“Alhamdulillah, sebagai pendatang baru, saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi pada malam persembahan esok.

“Secara peribadi, saya hanya melunaskan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pencipta lagu. Semoga segalanya berjalan lancar esok,” katanya

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali, 29, itu juga tidak mendedahkan dengan lanjut tentang persembahannya esok.

“Kejutan? Kenalah tunggu malam esok.

“Satu benda yang saya harapkan ialah dapat sampaikan lagu Peluang Kedua dengan sebaik mungkin, Insya-Allah,” ujarnya.

Tapi nampakny apada malam ini, nampaknya persembahan vokal Nabil sekali lagi mengundang ktirikan dari penonton

Berikut pula komen dari komposer nasyid terkenal Hafiz Hamidun

“Peluang kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru saja dibazirkan”

Terdahulu, Nabila mengambil keputusan untuk tidak membuat persembahan ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) atas nasihat doktor kerana mengalami masa.lah pada bahagian peti suara.

AJL35 esok yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dalam norma baharu tanpa kehadiran penonton ekoran pandemik C0vid-19.

Neelofa Teka Lagi Siapa Bakal Menang AJL35

Malam ini bakal berlangsung Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Antara yang menarik perhatian menjelang malam kemuncak AJL35 itu adalah ‘prediction’ siapa bakal menggondol anugeral berprestij itu.

Setelah empat tahun berjaya membuat ramalan dengan tepat, kali ini pengacara Neelofa Mohd Noor sekali lagi meletakkan tiga lagu yang dijangka memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung malam Ahad.

Menerusi laman Twitter, Neelofa, 32, meramalkan trofi AJL35 tahun ini bakal diungguli lagu Semalam nyanyian dan ciptaan sepenuhya oleh Aina Abdul.

Usahawan itu juga meramalkan Aina Abdul dan vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter, Azlan Rosle berpotensi besar memenangi trofi Vokal Terbaik.

” Saya tak berapa ikut sangat dengan lagu-lagu yang bertanding untuk tahun ini. Tapi ini merupakan ramalan saya untuk AJL35.

” Juara, Semalam, tempat kedua, Peluang Kedua (Nabila Razali) dan tempat ketiga, Belenggu Rindu (lagu duet Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah),” tulisnya di laman Twitter pada Ahad.

Ramalan Neelofa mengenai pemenang AJL35.

Bagaimanapun, Neelofa mengingatkan pengikutnya bahawa lagu yang dipilih itu hanya sekadar ramalan semata-mata.

Ia mungkin tidak mengena dan tersasar daripada keputusan yang bakal diumumkan malam Ahad.

Bekas pengacara program MeleTOP ini juga mengharapkan peminat muzik tempatan menghargai hasil karya kreatif pencipta lagu dan penulis lirik.

” Ini hanya ramalan saya sahaja, mungkin ada yang tidak mengena. Apa-apa pun, selamat berhibur dengan AJL35, majlis anugerah yang sentiasa mengiktiraf hasil kerja komposer dan penulis lirik,” katanya.

Sumber : trendingsangatpw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *