Hiburan

VlDE0 : “Baru Nak Kenal lsIam, Kenal Nabi” – Nabil Mnangis Lepas Join Tabligh

Baru-baru ini, ters3bar satu video di laman sosiaI menunjukkan seorang pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad berucap dan berkongsi pengalamannya selepas mengikuti jemaah tabligh selama tiga hari.

Video tersebut mendapat perhatian warganet apabila Nabil menceritakan bagaimana perasaannya dan apa ‘ibrah’ yang diperolehi sepanjang masanya bersama kumpulan berkenaan bagi tujuan untuk fokus beribadah.

Menerusi video itu, dia menyatakan perasaan terh4ru kerana pada usia 37 tahun, dia baru mengetahui suasana beribadah (tahajud, qiamullail dan sebagainya) seperti itu.

Dalam nada seb4k, Nabil meluahkan rasa kesaI dan sed1h kerana dia tidak berbuat sedemikian lebih awal. Malah turut dilihat mnangis dan berkata pada usia sebegitu dia baru mula ingin mengenal agama Islam atau tentang kisah-kisah Nabi.

“Suasana ni tak pernah tengok. Tahajud haritu bangun, adik-adik mengaji abang Nabil mnangis dekat tempat ambil wuduk sana sorang-sorang.

“Tak pernah tengok, tak pernah tahu ada suasana macam ni. Tak pernah tahu. Bayangkan, umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ini.

“Abang Nabil ni yang baru nak ‘masuk’ Islam, baru nak kenal Islam, baru kenal Nabi. Baru kenal Nabi siapa, baru nak menangis pasal Nabi. Apa Nabi buat dulu, sahabat buat dulu baru Abang Nabil tahu,” luahnya.

Dalam kesempatan itu, pengacara program MeIeTOP itu mengakui berasa maIu dengan dirinya dalam tempoh tiga hari mengikuti jemaah tabligh berkenaan.

Bagaimanapun, dia turut terh4ru dan mengatakan tempoh singkat itu juga adalah hari paling bahagia kerana dia diberi peluang untuk mengenal Islam dengan lebih mendalam.

Jatvh cinta dengan jihad dalam menuntut ilmu agama, Nabil berazam ingin menyertai mereka lagi selepas ini untuk tempoh yang lebih lama.

“3 hari inilah, hari paling malu dalam hidup saya. Hari pertama saya datang, adik tu baca Surah Nun tu saya maIu ustaz. Saya tak pernah rasa semaIu ni.

“Saya berazam lepas ni saya keluar 40 hari, lepas tu kita keluar 4 bulan. Doakan abang Nabil, abang Nabil azam bawak kawan-kawan.

“3 hari yang cukup bahagia, cukup hebat untuk abang Nabil. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Perkongsian Nabil itu meraih pujian warganet yang tersentuh melihat ketulusan hatinya menuntut ilmu tentang agama dan mereka turut mendoakan supaya azamnya dipermudahkan serta kekal istiqamah.

Nabil berkahwin dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nayla Mikayla, 9, Leyla Medyna, 6, dan Mishall Imani, 2.

Sumber : Facebook Dakwah Tabligh, YouTube BroLahTV, omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *