“View Chin dan Mira dah kawin ke?” Sebenarnya, status dia… Ah Moi maafkan dan dah berbaik dengan bekas suami

Selepas melalui episod hitam dalam rumah tangganya, personaliti media sosial Shermine Hau kini akui sudah move on daripada kemelut yang berlaku.

Perceraian dengan bekas suami, View Chin merupakan antara detik paling sukar dalam hidupnya namun kata Shermine dia kini bangkit demi anak-anaknya.

Bahkan hubungannya bersama View Chin sudah semakin baik kerana masing-masing mahu memberikan fokus dalam membesarkan tiga anak mereka.

shermine

Usahawan berusia 32 tahun itu juga akui belum terfikir lagi untuk mencari jodoh baru dan mahu fokus kepada perniagaan dan anak-anak buat masa sekarang.

Sebenarnya saya pun tiada masa nak pergi berkenalan dengan lelaki lain. Ada minat juga tapi saya mahu fokus pada perniagaan. Kena tunggu orang yang betul-betul hargai dan sayang saya muncul, sekarang belum muncul.

Tambah Shermine, anak-anak merupakan sumber inspirasi untuknya bangkit semula selepas apa yang berlaku dan kini kehidupannya semakin bahagia.

Shermine turut memberitahu dia ada berjumpa dengan bekas suaminya dan menyambut perayaan Krismas bersamanya serta keluarga namun tidak mengetahui jika View Chin sudah berkahwin atau belum dengan Mira.

Sebenarnya I pun tak tahu status dia sebab kita kalau jumpa sebab anak je. Kita kurang borak, tak akan borak pasal kehidupan peribadi.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *