Seorang penunggang basikal dilanggar sebuah kereta Axia pada pukul 7.15 pagi di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur, hari ini.
Menerusi satu rakaman CCTV yang tular, kereta Axia berwarna merah tersebut seperti sengaja memperlahankan kelajuannya dan bertindak mengejut.
Pemandu Axia berkenaan menghimpit ke kiri sekali gus melanggar seorang penunggang basikal yang sedang bergerak pada kelajuan perlahan.
Menurut pengguna Facebook, Hambali Rosni, penunggang basikal yang menjadi mangsa itu bernama Azran Ridzwan.
“Salam semua.. Sahabat kita Azran Ridzwan mengalami kemalangan di Jalan Kinabalu (Dataran Merdeka), dilanggar kereta dari belakang.
“Lepas langgar kereta tu lari. Rakaman CCTV tak nampak nombor plat penuh, hanya nampak huruf depan sahaja *TCD*,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, Hambali turut berkongsi status terkini bahawa pemandu Axia yang melanggar Azran telah ditemui.
Dikatakan pemilik kenderaan telah membuat laporan polis bagi mengelak salah faham
PADA 08/09/2021 JAM LIKURANG 1320HRS SEMASA SAYA BERADA DI PEJABAT DI JLN PADANG TEMBAK KL TELAH MELIHAT SATU PAUTAN DARI FACEBOOK AKAUN (Malaysia Automotif Shitposting) MENUNJUK KAN KENDERAAN MILIK SAYA TCD9845 TELAH TERLIBAT KEMALANGAN DI JALANRAYA SEKITAR PUSAT BANDAR KL DAN SAYA TERUS MENGHUBUNGI RAKAN SAYA NAMA CARLSHEINH UNTUK KEPASTIAN KERANA KENDERAAN SAYA TELAH DI PINJAMKAN KEPADANYA PADA 07/09/2021 JAM LIKURANG 1900HRS. SETELAH BERBICARA DENGANNYA, BELIAU TELAH MENGAKU ADA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN DI JLN KUCHING BERDEKATAN JLN PARLIMEN TUJUAN SAYA BUAT LAPORAN INI UNTUK MENAFIKAN SAYA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN TERSEBUT DAN SAYA TIDAK MEMANDU KENDERAAN TERSEBUT SEKIAN LAPORAN
Sumber : Hambali Rosni / klviral
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: