Keluarga

Vide0 : Wanita Unik MiIiki 2 Rahim, Menangis Asyik Ditanya Pasal Zuriat, Rupanya ini yg Berlaku

Apabila sudah memasuki bahtera perkahwinan, pasti setiap pasangan suami isteri mahukan zuriat agar lengkap sesebuah keluarga.

Namun, rezeki yang ditentukan Allah SWT pasti berlainan dengan setiap pasangan di muka bumi ini.

Ini terjadi kepada seorang pengguna aplikasi TikTok yang berkongsi kisah sebak.

Ini mengenai dirinya apabila sering ditanya soalan mengenai cahaya mata.

Mereka bertanya kerana meraka tak tahu apa yg sedang kita rasa, insha Allah kalau ada rezeki. Doakan saya. Menerusi akaun TikTok miliknya @schapyqa, dia berkongsi kisah mengenai dirinya.

Ini kerana belum memiliki cahaya mata meskipun sudah memasuki tahun kedua perkahwinan.

Scha berkata, walaupun kesemua soalan itu agak perit untuk dihadam namun menjawab dengan nada gurauan untuk mengubat hati yang luka.

Wanita berusia 26 tahun itu turut berkongsi dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan membuang cyst.

Ianya sebelum mengetahui dirinya hanya mempunyai satu buah pinggang beserta dua rahim.

“Sebelum berkahwin doktor sahkan saya ada cyst, pembedahan selamat dijalankan.

Masa keputusan CT scan keluar, baru saya tahu rupanya selama ni saya hanya ada satu buah pinggang.

“Selepas pembedahan pula, doktor bagitahu saya ada rahim yang unik.

Rahim saya bukan satu tapi ada dua,” tulisnya dalam video tersebut.

Perkongsian video berdurasi 51 saat itu dibanjiri komen daripada warganet yang memberi kata-kata semangat kepada wanita berkenaan selain turut berkongsi pengalaman sama.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Sabar dan abaikan kata2 orang

Tak ada anak tak bermakna perkahwinan tamat

Tiada yang mustahil, Allah pasti tolong

Jangan berhenti berdoa

Walaupun masih tiada rezeki untuk memiliki zuriat, pasti ada rezeki lain Allah kurniakan.

InsyaAllah segala yang baik datangnya dari Allah SWT. Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang.

TONTON VIDEO KLIK SINI

Sumber: TikTok @schapyqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *