Keluarga

Vide0 : Sebak, Mavt dalam Kmlangan, adik ‘mandikan’ motosikal arwh abang guna air Yasin

Siapa sahaja yang tidak berasa sedih apabila insan paling rapat dalam hidup pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, betul tak?

Bagaimanapun bagi yang masih hidup, meskipun sangat perit kehidupan perlu diteruskan bersama kenangan ditinggalkan.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah nasib yang perlu dilalui oleh seorang remaja setelah kehilangan satu-satunya abang kesayangannya yang maut dalam k3malangan jalan raya.

Kisah sedih yang berlaku pada setahun lalu diceritakan kembali oleh ibu mereka bernama Nor Rasul menerusi aplikasi TikTok.

Pemergian Allahyarham cukup memberi kesan kepada adiknya, memandangkan mereka memiliki jarak umur hanya setahun.

Tambahan lagi mereka dikatakan sangat rapat, tidak pernah bergaduh dan tidak pernh berpisah sejak dari kecil. Bagai isi dengan kuku, ke mana-mana sahaja sentiasa berdua.

Abang m3ninggal dalam pangkuan adik

Malah, lebih menyedihkan apabila si ibu bercerita arwah si abang terlalu sayang terhadap adiknya sehingga sewaktu mengh3mbuskan naf@s yang terakhir pun, dia m3ninggal dunia dalam pangkuan si adik.

Selain itu, antara detik yang paling menyentuh hati adalah si adik sanggup membaiki semula motosikal arw@h abang dan memandikannya dengan air Yasin.

Mesti dia terbayang arwah

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa ahli keluarga terbabit. Selain itu, mereka turut terharu melihat kasih sayang adik terhadap seorang abang.

Dalam pada itu, netizen sempat menitipkan doa semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Sumber: TikTok @norrasul2 / 0mm / trendingkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *