Hiburan

Vide0 : Ketika Tunangnya Betulkan Kasut Aida Jebat, Lain Pulak yg Netzen Perhatikn

Sebelum ini menerusi perkongsian di Instagram, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat meluahkan rasa syukur.

Ini kerana akhirnya dapat menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, Selangor buat ibunya, Rohana Mohamed.

Ayda berkata hadiah itu merupakan salah satu impiannya yang ingin dicapai sebelum menamatkan zaman bujangnya dengan pengacara Nabil Mahir tahun hadapan.

Ujarnya, sebelum dia membahagiakan orang lain, dia mahu membahagiakan ibunya terlebih dahulu.

“Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah.

Saya beritahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin.

“Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah,” tulisnya.

Memuat naik foto berada di hadapan rumah baru tersebut, Ayda berharap dan mendoakan supaya semua orang dapat membahagiakan ibu bapa masing-masing selagi mereka masih bernyawa.

“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda.

Malah banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah.

“Mama selalu hubungi dan pesan ‘Kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak.’

Sebenarnya, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. Saya cintakan mama.

Saya akan selalu menjaga dan membahagiakan mama, walaupun saya dah kahwin nanti,” katanya.

Tak Sanggup Tengok Tunang Sakit Kaki, Nabil Mahir Dipuji Bagi Kasut

Tampil bersama tunangnya di atas pentas untuk menyampaikan anugerah di Anugerah MeleTOP ERA2020 pada Ahad lalu.Perkongsian Ayda Jebat menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan momen selepas acara tersebut.

Menerusi video itu, Nabil Mahir dilihat memberikan kasut yang dipakai kepadanya berikutan tidak sanggup melihat Ayda sakit kaki kerana memakai kasut tumit tinggi.

Dalam entri tersebut, Ayda turut meluahkan rasa terharu dan bangga kerana memiliki pasangan yang sanggup berkorban melakukan perkara sedemikian tanpa rasa malu.

“Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta kepada hidup saya.

Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati sayang.

“Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Lelaki kata, bukan takut bini tapi sayang bini. Terima kasih untuk semuanya Wuvv,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Nabil yang disifatkan seorang lelaki bertangungjawab dan melayan bakal isterinya seperti seorang permaisuri.

Kata netizen lagi, jika bertemu dengan lelaki seperti ini wanita itu sememangnya sangat bertuah.

Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan itu dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari depan.

Ketika Tunangnya Betulkan Kasut Aida Jebat, Lain Pulak yg Netizen Perhatikan

Sumber : lamanmayapw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *