Semasa

VIDE0 : DJ Radio Terkenal Persenda & Ketawakan Cara Sebutan Guru Berbahasa Inggeris

Bermula 17 Februari yang lalu, pihak kerajaan telah melancarkan DidikTV sebagai wadah buat para pelajar mengikuti sesi P&P dengan lebih mudah dan efisien terus daripada rumah masing-masing.

Lebih 22 tahun bersiaran, saluran televisyen Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai ntv7 akhirnya mengucapkan selamat tinggal bagi memberi laluan kepada saluran khusus tv pendidikan baharu, DidikTV KPM yang akan memulakan siarannya pada Khamis.

Stesen televisyen itu banyak menyiarkan pelbagai program menarik antaranya seperti sitkom Spanar JayaPhua Chu Kang serta siri kartun kegemaran ramai, Doraemon dan Shin Chan.

DidikTV KPM akan bersiaran bermula pukul 7 pagi sehingga pukul 12 tengah malam setiap hari, merupakan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

Walau bagaimanapun sesi yang diharapkan mampu memberi kemudahan kepada para pelajar nampaknya telah menjadi bahan ketawa seorang pengguna media sosial apabila turut memuat naik reaksi beliau yang penuh dengan gelak tawa terhadap seorang guru yang berbahasa Inggeris sewaktu mengajar mata pelajaran Sains.

Malah bukan sahaja hanya ketawa secara keterlaluan, lelaki ini juga dilihat mempersenda cara sebutan guru yang menjadi pengajar di DidikTV ini.

Kelakuan lelaki ini yang dikatakan seorang penyampai radio di sebuah stesen radio ternama nyata tidak disenangi netizen.

Menerusi satu perkongsian seorang seorang netizen yang juga seorang guru, tindakan guru berkenaan untuk menyebut perkataan satu persatu adalah tepat memandangkan pengajaran yang dibuat disasarkan buat pelajar tahun 2.

Menurutnya lagi, cara sebutan guru ini bukanlah suatu isu yang besar kerana subjek yang diajar bukanlah mata pelajaran Bahasa Inggeris sebaliknya adalah subjek Sains.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut dan meminta agar syarikat Radio mengambil tindakan terhadapnya.

Sehingga artikel ini ditulis, penyampai radio itu telah membuang video yang dimuat naik di TikTok selepas dikecamm netizen berikutan tindakannya yang keterlaluan.

Semoga orang ramai lebih berhati-hati selepas ini agar lebih sensitif sebelum menghasilkan sesuatu konten untuk laman media sosial.

Sumber : yoy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *