Dunia

Vide0 : “Dahlah Letak Ats Jmban” JiIat ‘B4Bl Air’, Aisar Khaled Buat Netizen Muntah

JiIat ‘B4Bl Air’, Aisar Khaled Buat Netizen Muntah

Aksi eksperimen selebriti media sosial, Aisar Khaled terhadap gel penyejuk badan.

Ia sedang menjadi bualan hangat ketika ini di saluran YouTubenya mengundang rasa jijik segelintir netizen.

Mana tidaknya, dalam video yang dimuatnaik di YouTube itu, Aisar melakukan eksperimen merendam gel penyejuk badan itu.

Ia direndam ke dalam beberapa bekas berisi cecair berwarna dan dibiarkan semalaman di tepi tandas.

Kemudiannya, Aisar bersama seorang gadis dikenali sebagai Syasya Rushdiena mencabar satu sama lain.

Ini untuk menjilat gel penyejuk badan yang sudah kembang dan dipanggil dengan nama ‘babi air’ itu.

Aisar yang kalah dalam cabaran itu dikehendaki menjilat salah satu daripada ‘babi air’ yang dipegang Syasya.

“Tak rasa apa-apa, you nak try?” demikian reaksi Aisar selepas menjilat ‘babi air’.

Video yang ditonton lebih 148,000 kali itu turut dikongsikan di Twitter.

Namun, komen-komen di video berkenaan kebanyakannya kurang selesa dengan aksi Aisar.

“Dah 2021 pun ada orang suka content macam ni? Educate yourself,” komen Asnawi MN.

Tambah Frish Zee; “Dalam toilet cakap Bismillah, lepas tu berdua dalam satu bilik. Itu sweet?”

“Eee dah lah Cool Fever tu letak atas mangkuk tandas, habis tu pergi jilat,” tulis Nur Amni.

“Zaman sekarang ni kena pandai menyimpan. Salah satu benda penting yg kita kena simpan adalah bodoh.

Simpan sikit bodoh tu jangan tunjuk sangat,” tambah Afieq Shazwan.

Oleh kerana video terbabit mendapat sambutan, Aisar memaklumkan kepada pengikutnya di YouTube.

Ini untuk membuat cabaran mandi dengan 1,000 keping ‘babi air’ pula selepas ini.

Rakaman Termuntah ada di Bawah Sekali

Tonton Video

Sumber : gstv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *