Hiburan

Vide0 : Boy Iman hairan kenapa gelaran ‘Datuk’ ditarik balik – “Ia buktikan saya bukan ‘datuk di pagar’ atau beli”

PELAKON, Farid Kamil menerima dengan penuh rasa hormat keputusan pihak Istana Pahang untuk menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepadanya sebelum ini.

Menurut Farid, sejak 16 Disember 2017, dia amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Istana Pahang.

“Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada saya,” katanya.

Farid turut memberitahu yang dia kini sedang dalam perancangan untuk memasarkan filem Remp-it 2 yang bakal menemui penonton tahun ini.

Petang tadi, Setiausaha Kerajaan Pahang memaklumkan penarikan balik gelaran Datuk yang diberikan kepada Farid dan seorang lagi pelakon iaitu Boy Iman.

Penarikan balik gelaran tersebut adalah berikutan kedua-dua mereka mempunyai kes di mahkamah.

Untuk rekod, Farid sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2 Jun lalu.

Hukuman tersebut dijatuhkan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas, tiga tahun lalu.

Boy Iman hairan kenapa gelaran ‘Datuk’ ditarik balik – “Ia buktikan saya bukan ‘datuk di pagar’ atau beli”

PENGUMUMAN penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Boy Iman ternyata mengejutkan pelakon dan usahawan itu.

Menurut Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 40, sehingga kini dia masih belum menerima surat rasmi daripada Istana Pahang berhubung perkara berkenaan.

“Tuan punya badan pun belum tahu secara rasmi. Saya hanya mengetahui mengenainya daripada media.

“Sebagai penerima… rasanya saya layak tahu apakah sebabnya pingat itu ditarik balik.

“Walau apa pun saya terima dengan hati terbuka dan ia sekaligus membuktikan saya bukan terima ‘datuk di pagar’ atau beli,” katanya kepada mStar.

Sementara itu seorang lagi selebriti yang menerima nasib sama iaitu Farid Kamil berkata dia menerima keputusan berkenaan tanpa sebarang persoalan.

“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Istana Pahang.

“Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan daripada pihak Istana Pahang menarik balik gelaran DIMP daripada saya,” katanya menerusi Instagram.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : kecoh ape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *