Dunia

VIDE0 : Beria Dayung Nak Angkut Member, Gadis Malu Teruk Sampan Tiba-Tiba Karam

Aktiviti beriadah seperti berbasikal, jogging atau pun berkayak bersama rakan tak dinafikan sangat menyeronokkan.

Tapi kalau tak berhati-hati sebab mahu berseronok semata-mata, anda mungkin boleh mendapat malu pula seperti dialami oleh gadis dari Indonesia ini.

Kecoh di aplikasi TikTok apabila tular sebuah video memaparkan dua gadis gadis begitu excited beriadah dengan menaiki sampan.

Namun baru beberapa saat gadis yang kedua menyertai rakannya, tiba-tiba ada satu kejadian yang mencuit hati telah menimpa mereka sampai malu tak terhingga.

Apa yang melucukan adalah sampan tersebut tiba-tiba karam gara-gara salah seorang daripada mereka gagal mengawal keseimbangan.

Malah terlihat jelas reaksi panik di wajah mereka sebelum masing-masing lencun dek kerana sampan tersebut ditenggelami air.

Bukan sahaja orang sekeliling yang terlihat kejadian itu, malah kedua-dua gadis tersebut sempat mentertawakan diri sendiri.

Ternyata, perkongsian video berdurasi seminit tersebut berjaya meraih lebih ratusan ribu tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh meminta maaf kerana gagal menahan tawa melihat situasi tersebut.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati dengan tragedi tak disangka-sangka itu.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja

Sumber : TikTok payyyy30

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *