“Untunglah dapat izin suami” Suami izin Acha Septriasa berlakon adegan intim tapi ada syaratnya

PELAKON Acha Septriasa mengakui sudah meminta izin suaminya untuk berlakon adegan intim dengan aktor Morgan Oey dan Omar Daniel dalam filem Suami Yang Lain.

Menurut Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa, 34, dia akan melakonkan babak intim itu selepas mendapat keizinan suaminya iaitu Vicky Kharisma,

“Babak (intim) akan dilakukan sekali take sahaja tanpa pengulangan, biasanya babak-babak intim itu kami akan lakukan secara profesional,” katanya kepada Kompas.

achaa - 1

Acha digandingkan bersama Morgan (kanan) dalam filem Suami Yang Lain.

Dalam pada itu, pelakon filem Anwar The Untold Story ini memberitahu dia masih menetapkan batasan tertentu sebelum melakonkan sebarang adegan intim.

“Kalau mahu berlakon babak tersebut (intim) haruslah ada batasan ya. Saya pastikan ketika melakonkan aksi itu perlu ada ramai kru produksi, pengarah, jurugambar dan pelakon lain juga di situ,” ujarnya.

Suami Yang Lain menceritakan tentang pasangan suami isteri iaitu Danan Dimitri (Morgan) dan Olivia Sastranegara (Acha) yang belum dikurniakan cahaya mata setelah bertahun mendirikan rumah tangga.

Isu anak membuatkan perkahwinan mereka menjadi hambar dan membosankan.

Rumah tangga Danan dan Olivia semakin panas selepas keluarga mempersoalkan tentang zuriat.

Olivia akhirnya meminta cerai dan konflik semakin memuncak selepas kehadiran Anwar (Omar) dalam rumah tangga mereka.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *