Hiburan

“Ugut Mahu Terjun Bangunan” Berhenti Hantar santau, Rumah Tangga Shuk Sahar kembali Bergolak

Ingatkan sudah tamat dan boleh menarik nafas lega, rupanya rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih diganggu individu bernama Fara.

Dalam kemas kini terbaru di Instagramnya, Rossa memuat naik video mendakwa ada individu cuba menghantar santau.

“Ada empat talinya, satu sudah terlepas. Tinggal talinya saja.

“Untuk si pembuat yang buat mcm ni, aku tak tuduh sesiapa. Semoga cepat bertaubat. Jangan buat syirik nak hantar santau ampai rumah bagai!” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet bagaimanapun mendakwa perbuatan syirik itu dilakukan Fara yang masih membuat onar.

Malah, sebelum itu Rossa berkongsi tangkap layar perbualan dengan Fara yang mengugut mahu terjun bangunan kediamannya dan menikam diri sendiri kerana Shuk seperti tidak mempedulikan perasaannya yang kesepian.

Dia juga berkongsi video Fara berg4duh dengan Shuk di dalam kereta dalam keadaan tidak keruan seperti kerasukan mahu meng0yak baju dan memu.kul diri sendiri.

Kata Rossa, dia sudah memberi izin untuk berkahwin dengan Shuk, tetapi Fara yang tidak dapat menerima keluarga dan anak-anaknya.

Dah kacau rumah tangga orang, nak bolot semua seorang pula dia.

Kurang setahun berbaik dan dilihat cuba memulihkan keadaan, rumah tangga pelawak popular Shuk Shahar kembali menjadi bualan hangat netizen selepas pendedahan terbaharu isterinya, Rossa tentang perbuatan santau dan ugutan yang diterima daripada seseorang.

Malam tadi, Rossa memuat naik tangkap layar mesej dan gambar berbaur ugutan yang dihantar seorang wanita dipercayai kekasih Shuk. Dalam sekeping foto, wanita tersebut dilihat menghantar gambar sebilah pisau seperti mengugut mahu bunuh diri. Rossa bagaimanapun dilihat telah memadam semua hantaran tersebut pada pagi ini.

Rossa atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah turut membayangkan kesediaannya untuk hidup bermadu dengan syarat Shuk dan terbabit menerima diri dan anak-anaknya, bukan dengan cara menghancurkan apa yang telah sedia ada.

“Sudah cakap, jika hendak bermadu perlu terima keluarga dan anak-anak saya. Bukannya dengan hancurkan keluarga saya.

“Tolong berubah, bukan dengan cara ugut sana sini kerana saya dan anak-anak tidak salah,” tulisnya.

Sementara, dalam ruangan kapsyen, Rossa yang juga peniaga barangan penjagaan kesihatan itu turut mendedahkan kesediaannya seperti cuba dihalang oleh pihak lain. Dia bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci sama ada Shuk masih menjalin hubungan dengan wanita berkenaan atau tidak.

“Kalau nak kahwin silakan, rasanya mereka sudah pun berbincang tetapi memang tidak berubah juga. Apa salahnya terima saya dan anak-anak.

“Saya sudah izinkan, suami juga bukan budak-budak lagi dan percaya dia juga ada alasan sendiri.

“Tetapi rasanya keluarga belah sana tidak izikan, apapun semoga urusan antara kamu selesai,” tulisnya lagi.

Tambahnya, persoalan mengapa suaminya tidak meninggalkan wanita tersebut akan dijawab tidak lama lagi.


TANGKAP layar pendedahan isteri Shuk, Rossa.
Malah, dia juga memberi bayangan terdapat video yang dijadikan sebagai bahan ugutan.

“Kenapa Shuk tak tinggal? Akan dijawab nanti. Kalau ada yang muat naiklah benda itu.

“Sebab benda itu pun sudah lama dan saya dapat tahu ketika diugut tempoh hari. Apapun, rezeki semuanya daripada Allah SWT bukannya manusia, faham ya semua,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menerusi InstaStorynya, Rossa turut memuat naik sebuah video yang mendakwa terdapat individu yang menghantar benda syirik kepadanya.

Kelihatan empat bungkusan yang diikat dengan tali berwarna hijau.

“Saya tidak tujukan video ini kepada sesiapa tetapi siapa yang sanggup lakukan begini? Semoga cepat taubat dan jangan buat perkara syirik nak hantar santau di rumah orang,” tulisnya lagi.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, Shuk turut dilihat memuat naik kenyataan ringkas berhubung perkara tersebut dalam Instagramnya,

“Saya ada di rumah, harap maklum sebelum komen,” tulisnya.


ANTARA ojek pelik dipercayai santau yang diterima oleh Rossa.
Untuk rekod, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, pernah berdepan kes serupa dengan wanita sama sekitar Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, saat kecurangan Shuk terbongkar, Rossa sendiri dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita terbabit.

Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.

Namun, pada Januari lalu rumah tangga Shuk yang ketika itu bertugas sebagai penyampai radio HotFM itu kembali bergolak selepas dia sekali lagi ditangkap curang oleh Rossa.

Hubungan pasangan itu kembali jernih selepas Shuk mengakui kesilapan dirinya selepas didakwa curang dengan seorang wanita.

Difahamkan, wanita yang sedang menjalin hubungan Shuk itu pernah terlibat dalam kontroversi dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun. Akibat kontroversi rumah tangga yang dianggap mencemarkan imej karier, Shuk menerima padah apabila dipecat daripada terus menjadi penyampai Hot FM

sumber : gem pak / m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *