“Tolonglah panggil saya berlakon, saya tak letak sebarang syarat berat..” Patut lama tak nampak di kaca tv. Datin Anne dedh ada sesuatu terjadi

Hanya kerana kelibatnya jarang kelihatan di kaca televisyen (TV), pelakon dan ahli politik Datin Anne Ngasri mengakui ramai menyangka dirinya sudah bersara daripada dunia lakonan.

Bagaimanapun, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, 40, berkata dunia lakonan masih menjadi kecintaannya, malah belum terlintas untuk meninggalkan bidang itu yang diceburi sejak kecil.

“Ramai yang ingat saya sudah tak nak berlakon lagi. Sedangkan saya masih berlakon biarpun tak begitu kerap.

“Saya banyak terbabit dengan produksi keluarga. Drama lakonan saya pun banyak keluar di RTM.

“Mungkin sebab tak ada promosi, jadi orang ingat saya sudah tak berlakon.

“Faktor lain menyebabkan saya jarang dapat tawaran kerana sukar nak beri watak disebabkan bentuk fizikal saya,” katanya kepada BH Online.

Anne bersama barisan pelakon ketika tayangan perdana drama Gemersik Berbisik di Bandar Utama, baru-baru ini. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Anne bersama barisan pelakon ketika tayangan perdana drama Gemersik Berbisik di Bandar Utama, baru-baru ini. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Tambah adik kepada pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri itu, dia juga bersedia untuk mempertimbangkan tawaran lakonan pada akan datang.

“Saya selalu cakap berlakon menjadi hobi saya. Kalau saya tinggal, rasa macam tak selesa.

“Sebab itulah saya mengalu-alukan tawaran lakonan. Tetapi, perlulah mengikut jadual saya.

“Memandangkan saya turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Giat Mara, jadi saya harus fokuskan kepada tanggungjawab yang diamanahkan.

“Tetapi, saya tak letak sebarang syarat berat. Jadi, tolonglah panggil saya berlakon,” katanya sambil ketawa.

Anne ditemui pada tayangan perdana drama Gemersik Berbisik di Bandar Utama, baru-baru ini.

Drama bergenre seram terbitan syarikat produksi keluarganya, NS Star Studio itu ditayangkan di Unifi TV menerusi saluran Degup sejak minggu lalu.

Sumber : bhonline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *