“Tolong malu dengan diri sendiri, cermin diri, kamu tu penagihddah!” Fathia Latiff mahu ambil tindkn ini pada Anju

Penyanyi dan pelakon, Fathia Latiff tampil membidas pelakon, Zarina Anjoulie yang mendedahkan sikap Fathia Latiff ketika mereka pernah menjadi teman rapat suatu ketika dahulu.

Menerusi sedutan sesi live yang tular di media sosial, Zarina Anjoulie tampil membuat pendedahan selepas melihat video Fathia yang mengkritik pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson.

“Orang Normal Tak Cakap Macam Tu..”
Kata Anju, Fathia disifatkan mempunyai sikap ‘busuk hati’ dan menganggap orang ramai bersahabat dengannya disebabkan dirinya mempunyai ramai pengikut di Instagram.

“Ini adalah masalah mengenai Fathia. Kalau korang ingat, Anju pernah kawan dan gaduh dengan dia (Fathia Latiff). Masa Anju cakap dulu, tiada orang yang percaya, dia kan Ariana Rose semua orang suka, saya ni kan banyak kontroversi.

Korang boleh sense tak busuk hati?. Sebab itu saya berhenti kawan dengan dia. Masa lepak dengan dia, apa yang kerap dia cakap, ‘kau kawan dengan aku sebab followers aku tinggi’. Umur kau berapa? Orang normal tak cakap macam tu.”-dedah Fathia

Beri ‘Hint’ Mahu Saman Anju?
Tidak berdiam diri, Fathia tampil membidas Anju menerusi Insta Stories, berpendapat Anju seorang individu yang ‘tikam belakang’ rakan sendiri, malah turut memberikan ‘hint’ akan berjumpa dengan Anju di mahkamah kelak.

“Kepada Anju, anda mempunyai hati yang sangat buruk. Sebelum awak cakap pasal orang lain, lihat diri sendiri dahulu. Pergi dan ambil selendang anda, kerana anda baru pulang dari Umrah.

Anda jauh lebih tua/ matang daripada saya dan saya akan berjumpa dengan anda di MAHKAMAH sebaik sahaja saya pulang dari luar negara. Tutup kepala dari cakap bodoh.

Anda tikam belakang dan sila malu pada diri anda. Anda terus ‘lepas’ daripada mengambil dadah. Dan saya mahu pihak polis mengambil tindakan ke atas anda. Anda banyak kali terlepas dan ia tidak adil kepada orang lain. ANDA PENAGIH DADAH.”-Tulis Fathia di Instagram

Sebelum ini, nama Fathia Latiff menjadi bualan ramai selepas menggelar Zahirah Macwilson sebagai ‘muka bibik’ dan mendakwa isteri kepada Aiman Hakim Ridza melakukan pembedahan pada bibir ketika berada di Australia.

Sumber : murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *