Hiburan

Tidak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Neelofa, Ini Ucapan Nabil Ahmad Siap Beli Hadiah Istimewa Lagi

Pelawak Nabil Ahmad cukup teruja dan mendoakan kebahagiaan rakan pengacaranya, Noor Neelofa yang sudah bertemu jodoh semalam.

Menurut Nabil, dia bersyukur apabila akhirnya Neelofa bertemu dengan seorang lelaki soleh sebagai suami.

“Tahniah, syukur alhamdulillah akhirnya berjumpa dengan suami soleh. Semoga kekal melalui kehidupan sebagai suami isteri.

“Sabar banyak dan semoga mendapat anak yang unlimited. Tahniah Lofa sekeluarga dan PU Riz,” kata Nabil ketika dihubungi Gempak.

 

 

Nabil turut memaklumkan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Neelofa yang berlangsung pada Sabtu.

Namun mendengar perbualan dirinya bersama Neelofa sewatu kedua-duanya menjadi pengacara sebuah program Islamik di Astro pada Khamis, dia sudah membeli hadiah perkahwinan untuk diberikan kepada pasangan mempelai, Neelofa dan PU Riz.

“Tahniah Lofa, majlis kau hari Sabtu kan? Sorry aku tak dapat datang. Zira cakap kalau kau buat malam kitorang datang. Aku dah siap beli hadiah, mesin basuh,” kata Nabil sambil berseloroh.

Pada Sabtu, Neelofa, 32, dan PU Riz, 26, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang terdiri daripada 200 tetamu itu dihadiri teman-teman rapat selebriti dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

“Sungguh saya tak tahu hari ini pernikahan beliau” – Ustazah Asma terharu Neelofa masih balas mesej beberapa jam sebelum jadi milik PU Riz

 

BEBERAPA jam sebelum pengacara Noor Neelofa Mohd Noor menamatkan zaman bujang, pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma Harun mendedahkan dia ada menghubungi selebriti terkenal itu.

Dalam perbualan mereka itu, Asma berkata dia sebak dan terharu apabila Neelofa memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan Pencetus Ummah (PU) Riz pada pagi Sabtu.

“Selepas subuh pagi tadi, saya ada bermesej dengan adinda Neelofa tentang beberapa perkara. Sungguh saya tak tahu pagi ni hari pernikahan beliau… memang ada terbaca rumors tentangnya, namun tak pasti bila.

“Adinda Neelofa sempat reply dengan baik, sedangkan sudah tentu beliau sangat sibuk untuk buat persiapan. Sungguh baik kamu dik, selalu cuba membalas mesej walau dalam kesibukan. Moga Allah merahmatimu.

“Ketika dapat mesej beliau mohon didoakan, tiba-tiba rasa sebak dan menitis air mata bahagia dan gembira. Akhirnya adinda Neelofa bersatu dengan cinta hatinya,” katanya.

 

Perkongsian Ustazah Asma Harun di laman Instagram.

Ustazah Asma berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik mesej perbualan mereka.

Semoga pernikahan kalian diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT, bahagia bercinta sampai ke syurga!

USTAZAH ASMA HARUN

PENDAKWAH BEBAS

Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

 

Ustazah Asma tunjuk mesej perbualannya dengan Neelofa pada pagi Sabtu.

Meskipun tiada di majlis pernikahan itu, Asma tetap menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

“Subhanallah, semoga pernikahan kalian diberkati dan sentiasa dilindungi Allah SWT, bahagia bercinta sampai ke syurga.

“Semoga Puan Neelofa menjadi isteri solehah dan sentiasa dijaga, disayang, dicintai oleh suamimu Ustaz Muhammad Haris yang soleh. Tahniah buat kedua-duanya,” tulis Asma.

Sumber: m Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *