“Tiba dimahkmah kes sebutan cerai terhadap Aliff,” hadir bersama individu ini.. Sekali ini reaksi Bella

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah (gambar) sekali lagi memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga penyanyi dan pelakon iaitu Aliff Aziz, di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Peguam Syarie Azmi Mohd Rais mewakili Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, selaku plaintif berkata permohonan itu difailkan pada Isnin dengan menamakan Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz, 33, sebagai defendan.

“Permohonan yang difailkan secara fast track mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 itu, dibuat atas alasan sudah tiada persefahaman dan tiada mawaddah (cinta dan kasih sayang),” kata peguam itu ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata perceraian fast track merupakan satu proses yang mana pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes mereka.

“Proses ini juga diselesaikan kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan,” katanya.

Azmi berkata prosiding hari ini ditetapkan untuk sebutan kali pertama, namun Aliff tidak hadir.

“Aliff ada maklumkan kepada saya bahawa beliau tidak dapat hadir hari ini kerana ada penggambaran. Mahkamah menetapkan 4 April ini bagi sebutan semula kes dan pada tarikh itu kedua-dua pihak akan hadir ke mahkamah,” kata peguam itu yang turut memaklumkan Bella hadir ke mahkamah bersama ibu dan adiknya.

Pada 16 Mei 2019, pasangan itu telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, namun kembali rujuk semasa dalam tempoh edah.

Bella dan Aliff yang berkahwin pada 9 Sept 2016 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sebelum ini media melaporkan Aliff ditangkap disyaki berkhalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac.

Sumber : Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *