Dunia

Tiada Seorang pun Pelajar Join Kelas Online Ayahnya, Ini Tindakkan Mengejutkan yg Dilakukan oleh si Ank

Pembelajaran secara atas talian ketika ini sememangnya sangat penting.

Ini memandangkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penutupan sekolah disebabkan masalah pandemik C0VlD.

Justeru itu, para guru dan juga pelajar diminta untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara online di rumah.

Pelajar abaikan kelas online

Namun, kegigihan guru-guru sering kali diperkecilkan oleh sesetengah pelajar.

Ini apabila sekadar sambil lewa sahaja berkaitan pembelajaran atas talian jika guru membuat kelas online.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nuha, dia telah menceritakan pengalaman bapanya.

Bapanya yang hanya mengadap laptop tanpa ada seorang pun pelajarnya memasuki kelas tersebut.

Cikgu sorang2 di kelas online

Selepas menanti hampir setengah jam, bapa Nuha yang juga seorang guru bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menelefon anak-anak muridnya satu persatu.

Namun, apa yang menyedihkan apabila ada diantara mereka memberi alasan sedang bekerja.

Dan ada juga langsung tidak mengangkat panggilan telefon tersebut.

Cuba gembirakan hati bapa

Bagi menghiburkan sedikit hati bapanya yang sudah tentu sedih dengan keadaan tersebut, Nuha telah mendaftar masuk kelas online bapanya sendiri.

Dari situ, gadis terbabit dapat melihat reaksi bapanya yang sedikit tergelak di hadapan laptop.

Ini apabila melihat anaknya sendiri yang menyertai kelasnya.

Ada yang sama2 masuk google meet

Selepas tweet yang dibuat gadis itu tular di Twitter, ramai yang masuk ke google meet kelas bapanya.

Nuha berterima kasih kerana menggembirakan hati bapanya.

Walaupun dia sedang kecewa tiada pelajarnya ingin mengikuti kelas yang dibuat.

Menurut Nuha lagi, bapanya begitu teruja pada awalnya apabila meminta bantuan untuk menggunakan google meet.

Namun,  jadi sebak bila tiada pelajar yang berminat.

Biadap student sekarang ni

Sehubungan dengan perkongsian pengguna Twitter tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan pelbagai reaksi.

Kebanyakkan daripada mereka berasa kesal dengan sikap sesetengah pelajar sekolah yang sengaja mengabaikan tanggungjawab belajar.

Sedangkan mereka bakal menduduki peperiksaan besar tidak lama lagi.

Kalau malas pun, masuk lah kelas

Cikgu veteran cool lagi, cuba cikgu muda…

Sumber: Nuha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *