Semasa

Terkandas Dalam Banjir, Bomba Terkejut Lihat Gelagat Pemandu Lori Ini Ketika Diselamatkan

Seperti yang diketahui umum, pada ketika ini banyak kawasan di seluruh Malaysia sedang dinaiki air akibat hujan berterusan semalam.

Menurut laman rasmi info banjir, paras air di beberapa daerah di 5 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Terengganu dan Sabah telah memasuki tahap berbahaya.

Di media sosial juga tular video-video keadaan banjir di kawasan-kawasan tersebut yang bukan sahaja membuat pengguna jalan raya terkandas malah pokok tumbang, tanah runtuh dan kerosakan jalan juga berlaku.

“Jalan putus dua…”

Seorang pengguna Twitter pula berkongsikan keadaan harta bendanya termasuklah tilam, laptop, dan penapis air Coway yang rosak akibat rumah dimasuki air.

Selain itu salah satu video yang menarik perhatian ramai adalah rakaman seorang pemandu lori yang terkandas di sebuah jalan yang dinaiki air.

Dalam video yang telah meraih ribuan tanda suka itu, pemandu tersebut dilihat sedang merebus air untuk memasak mi segera di dalam lorinya.

Dua orang pasukan bomba kemudian muncul dan terkejut melihat lelaki itu sempat memasak maggi, malah mereka turut dijemput untuk makan bersama.

Salah seorang abang bomba tersebut mengaku lapar namun perlu melakukan tugas menyelamat dan bertanya jika pemandu itu ingin keluar atau duduk dalam lorinya.

Namun pemandu lori itu memilih untuk makan dahulu membuat ramai terhibur dengan gelagatnya yang santai walaupun dalam keadaan seperti itu.

VIDEO

SUMBER: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *