Seperti mana orang lain, usahawan kosmetik dan Instafamous dari Kelantan, Sha Hasan menggunakan medium media sosial untuk berinteraksi dengan pengikut.
Bukan sahaja mempromosikan produk dan memberi tips perniagaan, usahawan ini turut berkongsi aktiviti harian yang sering dilakukannya bersama keluarga
Mempunyai karakter yang ceria dan ramah, Sha dilihat sering menyakat suami dengan pelbagai ‘prak’ melucukan. Malah, anaknya, Rayyan turut menjadi mngsa.
Walau bagaimanapun, kebahagiaan yang dimiliki keluarga ini telah menarik perhatian seorang ibu tunggal yang menawarkan diri untuk menjadi ‘madu’.
Dalam mesej tersebut, ibu tunggal dua anak itu mengaku berasa malu namun keadaan sangat mendesak. Wab4k pandemlk yang melanda menyebabkan dia hilang sumber pendapatan.
Jelasnya lagi, dia melihat usahawan ini seorang yang baik dan gemar membantu followersdi Instagram.
Dia sangat bersyukur sekiranya usahawan ini menerima tawaran dan sudi berkongsi kebahagiaan bersamanya. Di kesempatan itu, dia turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
Di ruangan komen, pengikut turut terkejut membaca luahan ‘berani mati’ individu itu.
Mereka menyangka ibu tunggal itu mahu meminta bantuan kewangan atau makanan namun lain pula hajat yang disampaikan. Jangan macam-macam ya.
Sumber : 0hmedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih