Semasa

“Tak tahu penykit ni wujud” Istri panik dan peIik suami lama sangat di tandas masjid, mujur ada mak mentua beritahu tentang Chika

SEJAK kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri pertengahan Oktober lalu, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung bertemu keluarga masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang memanfaatkan masa dengan melancong atau ‘road trip’ bersama keluarga atau rakan masing-masing, tidak terkecuali pasangan suami isteri ini.

Namun trip percutian mereka baru-baru ini ‘terselit’ ins1den mencem4skan apabila si suami terkena peny4k1t yang digelar ‘Chika’.

“First time tahu peny4k1t ni… kena pula dekat suami,” demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian video di aplikasi TikTok.

Sehingga kini video berkenaan meraih melebihi 249,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ribuan komen netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman yang sama.

Menurut Nurul Syazwana Gulam Sabir, ketika kej4d1an, dia bersama keluarga suaminya, Mohammad Hamizan Rosli, melawat lokasi-lokasi menarik sekitar Perak.

“Kami ni sebenarnya pasangan jarak jauh (PJJ). Suami bekerja di Perak, saya pula bekerja di Johor. Jadi baru-baru ni saya ‘turun’ ke Perak dan sambil-sambil tu berjalan dan pergi makan dekat tempat best-best.

“Sejujurnya, saya sendiri tak tahu kewujudan penyakit ini. Kami baru berkahwin dan bila suami terkena, barulah saya tahu. Al kisahnya selepas singgah di beberapa lokasi, suami beritahu dia nak ke tandas sebab nak ‘membu4ng’.

“Kami pun berhenti dekat sebuah masjid. Peliknya, lama betul dia dekat tandas. Bila dia keluar, saya nampak wajahnya puc4t habis. Saya p4n1k dan tanya kenapa, suami beritahu dia macam nak pit4m. Tak bermaya sangat.

Suami Syazwana terkena Chika ketika mereka sekeluarga melawat lokasi-lokasi menarik di Perak, baru-baru ini.

“Mujurlah ibu mentua ada sekali. Katanya suami mungkin terkena Chika. Barulah saya tahu pasal Chika ni. Rupa-rupanya sebelum ini suami pernah kena Chika sampai pengsan di tandas. Hari tu pun dia nak pengs4n tapi dia tahan,” cerita wanita berusia 24 tahun ini.

Senang disapa sebagai Syazwana, wanita ini berkata mereka berhenti rehat sekitar dua jam sehingga peny4k1t yang menyer4ng suaminya itu berkurangan.

“Kami sekadar sapu minyak angin. Tak la terus baik, tapi keadaannya ada sedikit perubahan. Rupa-rupanya, Chika ni akan pulih sendiri selepas munt4h. Selagi tak munt4h, selagi itulah tak boleh membu4ng.

“Suami ada munt4h hari tu… itu yang keadaannya OK sikit. Kami teruskan perjalanan selepas itu, tapi berhenti juga beberapa kali sebab dia nak membuang,” ujarnya.

Saya tanya juga mak mentua, dia kata kalau sesiapa terkena Chika, memang sak1t perut sampai tak tentu arah dan boleh pengsan.

NURUL SYAZWANA GULAM SABIR

Tambah Syazwana, hanya pada keesokan hari suaminya benar-benar pulih.

“Chika ini saya pun tak pasti apa sebab atau puncanya. Tapi sebab ia s4k1t perut, mungkin sebab pemakanan. Biasalah kalau berjalan mesti makan macam-macam. Banyak kedai makan kecil dan viral yang kami singgah.

“Saya tanya juga mak mentua, dia kata kalau sesiapa terkena Chika, memang sakit perut sampai tak tentu arah dan boleh pengsan. Kalau cuba Google pun, ada keluar pasal Chika ni.

“Bila dah kena lagi, suami macam ser1k juga. Katanya lepas ni memang kena jaga makan betul-betul,” kata wanita yang berasal dari Johor Bahru ini.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Syazwana berkata dia berharap perkongsian tersebut secara tidak langsung dapat memberi peringatan kepada orang lain.

Ada di antara netizen yang berkongsi petua penyakit Chika.

“Kalau ahli keluarga, suami atau siapa sahaja yang masuk toilet lama, cubalah pergi check… bimbang dia pengs4n akibat Chika. Sekarang ni musim orang berjalan-jalan. Kalau berjalan, kena selalu beringat.

“Secara tak langsung, daripada perkongsian ini juga dapat beri peringatan sebab daripada komen, rupa-rupanya ramai juga tak tahu pasal Chika. Ingatkan saya saja yang tak tahu.

“Alhamdulillah, ramai juga yang prihatin dan share petua. Kata mereka, kalau terkena Chika, kena mandi. Itulah yang suami saya buat… Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik selepas itu,” katanya lagi.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *