“Tak sangka diputar belit macam tu..” Shuhada mohon maaf, tak mahu keadaan bertambah keruh

Semalam, Puteri Sarah meluahkan rasa kurang senang apabila seorang individu memandai-mandai buat kenyataan bahawa dirinya bakal bernikah tidak lama lagi bersama rakan bisnes yang juga merupakan pelakon Indonesia, Andy Arsyil.

Tak mahu keadaan bertambah keruh

Sedar kesilapan yang dilakukan, bekas isteri Hafidz Roshdi atau personaliti media sosial, Nurul Shuhada memohon maaf atas kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Kata Shuhada atau mesra dipanggil Shu, komen yang ditinggalkan itu sekadar menzahirkan rasa gembira terhadap aktres terbabit.

ig shuhada

Alamak ini adalah satu salah faham yang besar. Tidak ada berkait untuk apa-apa perkahwinan, tak sangka diputar belit macam tu sekali.

Permohonan maaf secara peribadi

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata dirinya sudah pun meminta maaf kepada Puteri Sarah secara peribadi dan menjelaskan segala salah faham yang berlaku.

Katanya, permohonan maaf secara terbuka ini dilakukan bagi elakkan ada pihak yang menghina serta mengutuk Puteri Sarah atas hal yang terjadi ini.

Sebelum ini, Shuhada ada meninggalkan ucapan tahniah di ruangan hantaran Farah Lee atas perkahwinannya dan selepas ini dia saja yang belum kahwin, memandangkan giliran Puteri Sarah seterusnya.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *