Semasa

“Tak Sangka Arwh Pergi dgn Cara tu” – Rakan Tampil Dedahkan Perbualan Wasap Terakhir

Berita maut membabitkan seorang penunggang basikal wanita yang berlaku di Putrajaya pagi tadi amat menyayat hati dan meninggalkan kesan mendalam terhadap ahli keluarga serta rakan terdekat.

Menerusi beberapa posting oleh sahabat karib melalui laman Facebook.

Dapat dilihat Allahyarham Hanin Abdul Hamid merupakan seorang insan yang disenangi dan disayangi ramai.

Menerusi posting Ikram Zamri, difahamkan Hanin bekerja sebagai ejen takaful selain mempunyai perwatakan yang baik.

Dia juga elakar dan sentiasa ceria dalam menjalani kehidupan.

 

“Arwah seorang yang baik, kelakar dan sentiasa ceria. Sangat motivated dengan apa yang beliau lakukan.

Tenanglah kau disana, Hanin. Rehat cukup-cukup. Semoga Syurga buatmu,” tulisnya.

Selain itu menurut sahabat baiknya Siti Fazlina Zainal Abidin pula, arwah yang berusia 34 tahun sempat menghantar mesej meluahkan rasa rindu terhadap dirinya semalam.

“Ya Allah Ya Tuhanku, rupanya mesej semalam dari sis meluah kerinduan buat akak adalah mesej terakhir buat kita berdua,” katanya.

Tambahnya lagi, memori suka dan duka selama mengenali Allahyarham akan dijadikan kenangan terindah dalam hidupnya.

Salah seorang lagi rakannya, Fatimah Kassim turut terkejut dengan pemergian Hanin yang juga merupakan seorang ibu tunggal dengan memiliki dua cahaya mata.

Menurut Fatimah, pelbagai jenis pekerjaan dilakukan arwah demi membesarkan anak-anak tercinta seorang diri selain menjaga ibunya yang kurang sihat.

Takziah diucapkan buat Allahyarham Hanin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

Sumber: Facebook Ikram ZamriSiti Fazlina Zainal Abidin & Fatimah binti Kassim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *