Tak restu perkawinan Marissa, sekali Ustaz Azhar Idrus tampil bersuara, kata kata UAI memang makan dalam

Tindakan bernikah di Thailand merupakan antara cara yang dilakukan oleh banyak pasangan di negara ini yang rata-rata hubungan mereka tidak mendapat persetujuan atau restu daripada keluarga.

Sakiti hati ibu bapa

uai nikah thailand

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang isu berkenaan.

Menurutnya, mahkamah di Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab untuk memutuskan kesahan perkahwinan yang dilaksanakan di Thailand.

Pernikahan di Thailand saya tak boleh beri keputusan. Ada yang sah, ada yang tak sah. Sebab itulah pasangan yang bernikah lari di Thailand kena balik daftar perkahwinan itu.

Mahkamah akan periksa, siapa walinya..wali hakimnya, siapa yang jadi saksinya, bagaimana ijab kabul dijalankan dan sebagainya.

Justeru itu, pendaftaran perkahwinan di Malaysia amatlah digalakkan supaya dapat terhindar daripada sebarang masalah kelak.

Sebab itu bila balik daftar di sini ada pasangan yang diputuskan sah perkahwinannya. Ada pasangan yang diputuskan tidak. Saya tak boleh jawab, mahkamah yang akan putuskan.

Walau bagaimanapun. dalam nada tegas Ustaz Azhar menekankan bahawa tindakan berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa adalah berdosa kerana menyakiti hati mereka.

Bagi pasangan yang diputuskan sah oleh mahkamah tetap berdosa. Kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa. Mereka menyakitkan hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka bersedih. Haram dan dosa besar.

Sementara itu, pendakwah tersebut juga sempat menitipkan nasihat untuk setiap bakal pengantin supaya mendapatkan restu ibu bapa terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

Nak nikah tak perlu lari-lari. tak setuju kita pujuk dulu ibu bapa kita. Kadang-kadang yang dia tak setuju itu betul.

@sewakedaimydin Adakah Sah Nikah Di Thailand Sedangkan Wali Masih Hidup Di Malaysia Kerana Takut Wali Tidak Setuju #pemilikhatiberbicara #tanya #tanyajawab #ilmu #ilmuagama #soaljawabagama #marimengaji #jomtalaqqi #maritalaqqi #ilmufeqah #murobbiberbicara #ulamafeqah #alquran #hadis #ijmak #qiyas #gurumurshid #ceramah #tausiahagama #ceramahislam #ceramahagama #ceramahpendek #ceramahsingkat #ilmubermanfaat #duniaislam #akhirat #dakwah #islam #dakwah_islam #islamic_video #tokfeqah #ustaz #uai #uaioriginal #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus ♬ original sound – ℕ

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *