Semasa

‘Tak dapat dig4mbarkan betapa sedihnya saya – Datuk Seri Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga anak saudara kepada Tun Rahah Mohamed Noah menyifatkan ibu saudaranya itu seorang ibu yang penyayang, prihatin, baik hati dan tabah.

Mengimbau kenangan bersama wanita berkenaan, Menteri Luar itu berkata, beliau sangat rapat dengan Rahah dan pernah membesar di bawah penjagaan Allahy4rhamah yang men1nggl dnia pada Jumaat.

“Ketika Allahy4rham Tun Abdul Razak men1nggl dnia, Tun Rahah baru berusia 43 tahun. Saya kagum dengan kecekalan beliau membesarkan lima anak lelaki yang juga sepupu saya sendiri.

Hishammuddin menzahirkan kesedihannya yang disifatkan sama seperti keadaan ketika beliau kehilangan ibunya Tun Suhailah Mohamed Noah yang merupakan kakak kepada Rahah enam tahun lepas.

Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menzahirkan takziah atas pemergian Allahy4rhamah Rahah serta mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Beberapa pemimpin parti politik antaranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mendoakan seluruh keluarga Allahy4rhamah diberi kekuatan menempuh ujian kehilangan insan tersayang.

“Saya dan keluarga besar UMNO ingin merakamkan jutaan takziah kepada Najib atas pemergian bonda yang dikasihi. Semoga Allahy4rhamah ditempatkan bersama para kekasih-NYA dan diberi sebaik-baik balasan dengan limpahan keredaan,” kata Ahmad Zahid.

Turut berdukacita, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan takziah kepada seluruh keluarga Najib sekeluarga serta mendoakan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar mewakili parti itu menitipkan doa kepada Allahyarhamah.

“Semoga ALLAH merahmati r0hnya, memuliakan kem4t1annya, menerima segala amalan kebaikannya, mengampuninya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” doa Mahfuz.

Dalam pada itu laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter juga dibanjiri ucapan takziah oleh rakyat Malaysia kepada seluruh keluarga Allahy4rhamah. – Bernama

“Saya kerap ziarah beliau dalam beberapa bulan ini termasuklah yang terbaharu semalam (Khamis). Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa sedihnya saya apabila dimaklumkan beliau telah pergi buat selama-lamanya,” katanya menerusi laman Facebook beliau.

 

 


Sumber : Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *