Hiburan

Tahniah!! Hannah Delisha Buat Kejutan, Selamat Bernikah dgn Jejaka Pilihan, Bukan Calang² Orangnya

Tiada angin tiada ribut, satu posting daripada Instgram pelakon cantik kelahiran Singapura Hannah Delisha telah mengejutkan para peminatnya.

Hannah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya disamping seorang lelaki dengan berpakaian baju nikah.

Dalam kapsyen dia mengucapkan rasa syukur diatas penikahan mereka.

Dalam kapsyen yang dibuat, Hannah mengucapkan syukur selepas lima tahun penantian dia sah bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Imam Shah.

Hah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya

Hannah menjelaskan dia sudah mengenali dan jalin hubungan cinta selama 5 tahun dengan pelakon Imam Shah.

Hanna Delisha selamat bernikah di Singapura memandangkan ia negara kelahirannya.

Imam Shah juga merupakan pelakon kelahiran negara jiran.

Pandai Hannah Delisha menyembunyikan hubungan cintanya.

Suaminya juga turut berkongsi gambar semasa bernikah dan menyarung cincin sebagai bukti sah bergelar pasangan suami dan isteri.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah diatas penikahan Hannah dan pilihan hatinya.

Mereka mendoaka agar hubungan perkahwinan pelakon cantik itu kekal hingga ke akhir hayat.

Hah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya

Hah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya

Sebelum ini dikaitkan sebab bertudung kerana mahu kahwin

Sekian lama menyimpan keinginan berhijrah akhirnya pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 24, tekad berhijab, sejak empat hari lalu.

Menerusi perkongsian menerusi entri Instagram (IG), Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch.

Mereka memuatkan naik gambar bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka, semalam.

Pengikut dan teman artis menyambut baik keputusan dilakukan pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu.

Hannah berkata, niat tersimpan sekian lama akhirnya menjadi kenyataan.

“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.

Hah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya

“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam,” katanya kepada BH Online.

Mengulas perubahan yang dirasai, Hannah berkata, jiwanya kini lebih tenang.

“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.

“Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya.

Mengulas keputusan dibuat selepas terdengar gosip mendakwa bakal mendirikan rumah tangga, Hannah menafikannya.

“Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin,” katanya.

Sedikit info Hannah Delisha

Nama ini merupakan gabungan nama dalam bahasa Melayu dan Inggeris di mana nama yang diberikan ialah Hannah Adlina dan nama keluarganya ialah Blackburne Birch.
Hannah Delisha

Hannah Delisha (lahir Hannah Adlina Blackburne Birch; 27 Oktober 1996)[1] ialah seorang pelakon, penyanyi, model dan pengacara Singapura.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan Delisha, seterusnya muncul dalam beberapa rancangan televisyen terbitan MediaCorp Suria.

Beliau meraih kejayaan komersial di Malaysia menerusi gandingannya bersama Syafiq Kyle dalam drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer (2017).

Hannah dilahirkan pada 27 Oktober 1996 sebagai Hannah Adlina Blackburne Birch.

Beliau ialah anak kepada pasangan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England dan Noor Ashikin Ahmad yang berasal dari Singapura.

Ibunya ialah seorang penyanyi era 1980-an.

Hah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya

Hannah merupakan bekas ahli kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha.

Mereka menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan selepas Hannah menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”.

“Anugerah” merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen dari kumpulan Hyper Act. Pada tahun 2017, beliau kemudiannya menghasilkan single keduanya.

“Esok Masih Ada” yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact.

Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, “Tak Perlu Kata Apa-Apa”.

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa.

Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai ‘Kakcik Wujud’.

Ini kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti paranormal dengan anggota-anggota krew Wujud.

Beliau juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Mediacorp Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana lakonan dalam drama Farhana merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.

Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular di Pesta Perdana Singapura ke-14.

Di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa.

Meskipun beliau berada dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih.

Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatkan beliau antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.

Pada tahun 2017, beliau mengorak langkah dalam bidang lakonan tempatan Malaysia dan meningkat popular menerusi drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Syafiq Kyle.

Hah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya

Beliau merupakan salah seorang daripada lima pelakon utama drama Saga 2.0 di Mediacorp Suria dengan memegang watak sebagai Sofea.

Selain beliau, ia turut dibintangi oleh Jeff Catz, Imam Shah, Hasnul Rahmat dan Shah Iskandar.

Pada tahun 2020, Hannah berlakon bersama Nelydia Senrose dan Saharul Ridzwan dalam drama Cinta Sekali Lagi yang bersiaran di Slot Akasia TV3.

Ini menjadi drama terakhir lakonannya sebelum mengenakan hijab

Sumber: Hannah Delisha, Imammemy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *