Hiburan

“Syukur… lahir seorang lagi putera dalam keluarga kami” kongsi nama ank pada hari ketujuh kelahiran

TAHNIAH… pelakon Izreen Azminda selamat menimang cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.06 pagi Selasa.

Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 36, melahirkan bayi lelaki seberat 2.87 kilogram itu menerusi kaedah pembedahan.

“Syukur Alhamdulillah… lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby,” katanya berkongsi mengenai berita gembira itu di laman Instagram.

izreen 1

Perkongsian Izreen di Instagram.

Sementara itu, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan memberitahu dia dan bayi berada dalam keadaan baik.

Menerusi temubual bersama sebuah portal berita, Izreen memaklumkan akan mengumumkan nama anak pada hari ketujuh kelahiran.

“Bersalin secara pembedahan buat kali ketiga agak sakit buat saya, namun apa yang penting saya dan anak berada dalam keadaan stabil.

izreen 2

Izreen bersama dua lagi anak lelakinya.

“Namanya saya akan beritahu selepas seminggu kelahiran, manakala wajahnya bergantung kepada keadaan mungkin selepas habis pantang,” katanya.

Bayi yang baru dilahirkan ini merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, hasil perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *