“Suka gosip tau, tak baik fikir bukan bukan” akhirnya berakhir? TokTi sendiri jawab status perkawinan buat ramai mendoakannya

Selepas kecoh mengenai hantaran berkaitan rumah tangga, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjernihkan desas-desus yang bertebaran di media sosial.

Jawab spekulasi

siti nurhaliza datuk k

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Siti memuat naik foto bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Jiwa atau Datuk K bersama dua anak mereka ketika sambutan ulang tahun Siti ke-45 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Di kapsyen, Siti atau mesra disapa Tokti memohon agar orang ramai tidak mudah membuat spekulasi hanya berdasarkan hantaran yang telah dikongsikan.

Suka gosip tau. Tak baik fikir bukan-bukan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan keluarga Siti.

Sebelum ini, Siti berkongsi tentang bagaimana layanan seorang suami kepada isteri, ujian terbesar isteri, dan enam alasan kenapa suami tidak boleh membentak isteri.

Susulan tindakan itu, rata-rata warganet mula membuat andaian dan mengaitkan dengan rumah tangga Siti dengan Datuk K.

Bagaimanapun, difahamkan, hantaran tersebut telah dipadam selepas dikongsikan di media sosial.

Untuk rekod, Siti berkahwin dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Keep Scrolling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *